Kerap muntah setiap kali makan, Suhaimi Saad ditidurkan di ICU

Dari Penulis

Bekas anggota kumpulan nasyid In-Team, Suhaimi Saad, 43, dilapor ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) di sebuah hospital di Johor Bahru, Johor.

Perkara itu disahkan ketua kumpulam In-Team, Mohd Syahril Abdul Khalid menerusi laporan Berita Harian Online.

Mohd Syahril yang menziarah penyanyi itu, Sabtu lalu, memberitahu, keadaan penyanyi itu kurang baik dan sedang ditidurkan.

“Suhaimi sakit dan sedang mendapatkan rawatan. Jadi, saya memohon orang ramai agar mendoakan dirinya sembuh.

“Dia dimasukkan ke hospital kira-kira seminggu lalu. Namun, mengenai punca penyakit, saya kurang pasti,” katanya.

Menurut Mohd Syahril, dia difahamkan Suhaimi sudah beberapa bulan kurang sihat dan muntah setiap kali makan hingga berat badan susut.

“Baru-baru ini, bapa mentuanya (ayah Ina Naim) membawa Suhaimi ke Johor Bahru untuk mendapatkan rawatan.

“Buat masa ini, Ina dan keluarganya tidak mahu diganggu kerana mahu memberi tumpuan kepada Suhaimi,” katanya.

Suhaimi berkahwin dengan Ina pada 12 Ogos 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.

Usaha URTV untuk menghubungi isteri Suhaimi iaitu Ina Naim tidak berjaya selepas wanita itu tidak mahu memberikan perkembangan lanjut keadaan kesihatan suaminya

SUMBER: BERITA HARIAN


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Hael Husaini, Akim Ahmad & Aisha Retno barisi panel juri Big Stage musim ke-7!

INDUSTRI hiburan tempatan dijangka menerima satu lagi gelombang kebangkitan apabila program realiti nyanyian paling fenomena, Big Stage, kini kembali...

More Articles Like This