Polis siasat dakwaan kejadian buli di Kg Melayu Majidee, mangsa diminta tampil buat laporan

Dari Penulis

POLIS sedang menyiasat dakwaan kejadian buli membabitkan sekumpulan kanak-kanak di Jalan Mewah, Kampung Melayu Majidee di Johor Bahru pada kelmarin. 

Bagaimanapun Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, setakat ini belum ada sebarang laporan polis diterima. 

Katanya, siasatan awal sedang dijalankan bagi mengenal pasti kesahihan maklumat serta mengesan individu yang terlibat.

Baca: Pelakon Along Eyzendy meninggal dunia

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat

“Sehubungan itu, pihak polis menyeru mangsa, waris atau mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tersebut supaya tampil membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut peruntukan undang-undang,” katanya dalam kenyataan. 

Terdahulu satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 33 saat memaparkan sekurang-kurangnya empat kanak-kanak lelaki yang melalukan kejadian didakwa buli terhadap seorang kakak-kanak lain tular di media sosial. 

Video itu kemudian meraih kecaman oleh warga maya yang turut menggesa pihak berkuasa segera mengambil tindakan undang-undang ke atas pelaku terbabit. 

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This