3 Ahli Parlimen Bersatu tukar tempat duduk di Dewan Rakyat

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

TIGA Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertukar tempat duduk di dalam Dewan Rakyat, hari ini.

Mereka adalah Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim, Zahari Kechik (Jeli) dan Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan).

Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) memberitahu, bagaimanapun mereka masih berada di dalam tempat blok pembangkang tetapi duduk berasingan daripada Ahli Parlimen yang lain.

Baca artikel lain: PDRM, SPRM sedia siasat laporan wujud unsur habuan, ugutan sokongan kepada PM

“Ya, mereka masih pembangkang. Khabarnya #KualaKangsar (Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid) masih ingin di tempat lama yang sama,” katanya menerusi ciapan di X.

Sebelum ini, mereka bertiga mengisytiharkan sokongan kepada Anwar atas alasan untuk kepentingan pengundi dan pembangunan di kawasan masing-masing.

Khamis lalu, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul dilaporkan berkata, empat Ahli Parlimen itu memohon menukar tempat duduk masing-masing di dalam Dewan Rakyat.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’ Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar mohon maaf tak dapat hadir majlis penghormatan terakhir Ayatollah Ali Khamenei

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Allahyarham...

More Articles Like This