Tipu pelaburan RM1 bilion : Datuk R didakwa perdaya agensi kerajaan

Dari Penulis

Dua individu yang menjadi mangsa kepada satu sindiket pelaburan didalangi seorang individu berpengaruh sejak tahun 2007, tampil mendakwa beberapa agensi kerajaan turut menjadi mangsa penipuan ‘Datuk R’.

Sekretariat Mangsa Penipuan Ranjeet (Maper), Shah Abdul Malek mendakwa, hampir ratusan individu dan syarikat korporat menjadi mangsa kepada individu dikenali sebagai Datuk Wira.

Dan terbaharu, individu terbabit turut didakwa menubuhkan syarikat dengan objektif perniagaan palsu, membuat pengisytiharan tahunan palsu dan membuat laporan audit palsu.

“Dia akan menubuhkan Syarikat dengan objektif perniagaan palsu dan kemudian bertindak menutup syarikat selepas penipuan selesai supaya salah lakunya tidak dapat dikesan.

“Malah daripada penemuan saya dan mangsa (Lee Meiklejohn), dia memindahkan sebahagian wang pelaburan, malah beberapa keping salinan cek serta salinan penyata bank syarikat ada dikeluarkan dan boleh dijadikan bukti terdapat aliran wang keluar masuk syarikat itu,” katanya kepada media dalam sidang akhbar di sini hari ini.

BERITA BERKAITAN : ‘Datuk Wira’ kaut RM1 bilion, didakwa perdaya mangsa dalam dan luar negara dengan pelaburan palsu

Shah turut menyatakan sehingga hari ini, kira-kira lapan mangsa lain turut tampil dan sedang dalam proses menyediakan dokumen lengkap bagi Tindakan selanjutnya.

“Alhamdulillah, daripada sidang media pertama, sehingga ke hari ini kira-kira lapan individu yang terdiri daripada golongan professional telah tampil.

“Kami meminta kerjasama mangsa yang lain untuk kumpulkan semua dokumen berkaitan dan akan menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Shah turut menyeru agar mangsa penipuan Datuk R tampil ke hadapan bagi membawa lelaki terbabit ke muka pengadilan.

“Saya memohon agar semua mangsa penipuan untuk tampil ke hadapan supaya kita dapat menghalang individu ini daripada terus menipu lebih ramai mangsa. Dan kami akan berusaha untuk mendapatkan kembali sebahagian wang yang telah dilaburkan.

“Orang ramai yang menjadi mangsa boleh hubungi talian 014-2214433,” katanya.

Turut hadir, ahli perniagaan dari United Kingdom, Lee Roger Meiklejohn, yang juga mangsa penipuan lelaki terbabit serta peguam, Ily Nadiah Mohd Yusof.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Johor perlukan politik menyatukan dan bukan yang memecah-belah – Mohamad Sabu

PRESIDEN Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu menegaskan Johor memerlukan politik yang menyatukan dan bukan memecah-belahkan. Tegasnya, apabila...

More Articles Like This