2 pesawat tempur terhempas di kawasan gunung, 4 tentera udara Indonesia maut

Dari Penulis

EMPAT anggota Tentera Udara Indonesia disahkan maut selepas pesawat tempur taktis EMB-314 Super Tucano yang dinaiki terhempas di Pasuruan, Jawa Timur, pagi semalam.

Video penuh klik link di bawah

https://t.me/infoutusantv/1676

Memetik laporan CNN Indonesia, mangsa dikenali sebagai Mejar Yuda A Seta, Kolonel Subhan, Kolonel Adm Widiono dan Leftenan Kolonel Sandhra Gunawan.

Ketua Perkhidmatan Penerangan Angkatan Udara Indonesia, Marsyal Pertama TNI R. Agung Sasongkojati berkata, nahas terbabit berlaku ketika mangsa sedang melakukan latihan formasi.

Beliau berkata, sebanyak empat buah pesawat telah berlepas pada pukul 10.51 pagi bagi menjalani misi latihan kemahiran penerbangan formasi.

Katanya, Leftenan Kolonel Sandhra Gunawan bersama Kolonel Adm Widiono berada di dalam sebuah pesawat dengan nombor pendaftaran TT-3111.

Sementara Kolonel Subhan dan Mejar Yuda A Seta berada di dalam pesawat dengan nombor pendaftaran TT-3103.

“Bagaimanapun dua pesawat yang dinaiki mangsa telah terputus hubungan pada pukul 11.18 pagi,” ujarnya.

Agung berkata, pihaknya telah menerima laporan daripada pihak berkuasa memaklumkan terdapat dua buah pesawat terhempas di kawasan pergunungan Pasuruan.

“Pemeriksaan mendapati dua pesawat itu telah terhempas di lokasi berbeza. Sebuah di utara manakala sebuah lagi di selatan,” ujarnya.

Agung berkata, berdasarkan pelan penerbangan, latihan terbabit dijalankan pada ketinggian 8,000 kaki atau 2,438 meter.

Bagaimanapun, pihaknya kini masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengesahkan ketinggian pesawat itu menerusi perakam data.

Jelasnya, dua lagi pesawat yang terlibat dalam misi latihan berjaya mendarat di Pangkalan Udara Abdulrachman Saleh Malang.

Sementara itu menurut Ketua Kampung Keduwung, Rupani berkata, pesawat tersebut telah terhempas di kawasan ladang ubi dan kentang milik penduduk.

Menurutnya, lokasi pesawat terhempas agak sukar dilalui kenderaan empat roda kerana berada pada ketinggian 1,500 meter dari aras laut.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Azam Baki kekal sah anggota Lembaga Penasihat NFCC hingga 2027

PUSAT Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) menegaskan kehadiran Tan Sri Azam Baki pada Mesyuarat Lembaga Penasihat NFCC, 30 Jun...

More Articles Like This