Dewan Rakyat: Ahli Parlimen pembangkang tak hadir sidang pagi

Dari Penulis

SESI mesyuarat Dewan Rakyat pada sebelah pagi ini ‘sepi’ tanpa kehadiran ahli-ahli Parlimen pembangkang.

Isu ketidakhadiran berkenaan dibangkitkan Datuk Mohd Isam Mohd Isa (BN-Tampin) yang tampil mencelah ketika sesi soal jawab sedang berlangsung.

“Tan Sri Speaker, bukan seorang tak hadir, tapi seorang pun pembangkang tidak ada pada hari ini, inilah fiil pembangkang,” katanya. 

Ia susulan kenyataan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul sebelum itu yang membuka peluang agar setiap soalan dalam sesi soal jawab dibenarkan untuk tiga soalan tambahan berbanding dua soalan sebelum ini. 

“Oleh kerana kita dapati ramai MP (Ahli Parlimen) tidak hadir, saya akan buka setiap soalan dijawab ini untuk tiga soalan tambahan,” katanya.

Baca artikel berkaitan: Perkembangan hasrat kerajaan noktah kemiskinan tegar dijangka jadi tumpuan Dewan Rakyat

Sebanyak enam soalan dikemukakan Ahli Parlimen pembangkang yang disenarai dalam aturan urusan mesyuarat tidak dapat kemukakan dan dijawab oleh menteri berkenaan disebabkan ketidakhadiran mereka. 

Antaranya soalan daripada Datuk Ahmad Amzad Mohamed@Hashim (PN-Kuala Terengganu) mengenai isu cukai daripada sektor ekonomi bayangan, Wan Hassan Mohd Ramli (PN-Dungun) berhubung latihan kepada bakal usahawan dan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (PN-Tanah Merah) tentang usaha membanteras kegiatan warga asing yang berniaga.

Bagaimanapun, Datuk Ahmad Saad (PN-Pokok Sena) dilihat mengemukakan soalan tambahan kepada Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa sebelum sesi soal jawab tamat.

Difahamkan Ahli Parlimen pembangkang menghadiri Himpunan Selamatkan Syariah di pekarangan Istana Kehakiman, Putrajaya hari ini.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

64 projek pembangunan semula sekolah daif siap sejak 2025

SEBANYAK 64 projek pembangunan semula sekolah daif telah berjaya disiapkan di seluruh negara sejak tahun 2025 hingga suku kedua...

More Articles Like This