Langkah berani Amir Hasan keluar dari zon selesa, tampil dengan muzik hip hop berjudul Tango

Dari Penulis

AMIR Hasan, seorang penyanyi dan pengubah lagu yang berusia 27 tahun. Dikenali sebagai penyanyi lagu pop dan karyanya berunsurkan kebahagiaan dan keceriaan sejak kemunculannya pada tahun 2014, kini telah mengambil nafas baru dengan menghasilkan karya hip hop yang segar melalui single terbarunya berjudul Tango.

Tango mencerminkan evolusi seni dan fleksibiliti dalam dunia muziknya. Minat mendalam Amir terhadap muzik hip hop ini pun telah bermula sejak 15 tahun lalu, ketika usianya 12 tahun.

Selain itu, Amir telah dibesarkan dengan karya-karya legenda hip hop tempatan seperti Joe Flizzow dan Malique (Too Phat), serta penyanyi hip hop terkenal dunia, seperti Eminem. Hal demikian, telah membentuk kemahiran dalam nyanyian ‘freestyle’ dan mendorongnya meneroka genre yang dinamik ini.

Amir sangat teruja untuk mengambil cabaran ini bagi meluaskan lagi spektrum identiti muziknya. Tango merupakan karya yang dihasilkan dari suara ‘alter egonya’ dan tampil dengan gaya muziknya yang berbeza. Langkah berani ini juga mencerminkan tekadnya dalam menerokai karya hip hop ini dengan lebih jauh.

Lagu Tango juga bakal memberikan pengalaman yang positif dan pengajaran yang baik kepada pendengar dalam menjalani kehidupan dengan penuh semangat dan dedikasi dalam menuju kejayaan pada masa yang akan datang.

“Lagu Tango ini mengenai bukti kepada diri kita sendiri bahawa setiap orang mampu mengatasi sebarang cabaran dalam hidup.

“Malah bukan dari mana asal usul kita, tetapi kejayaan ini dapat diukur dengan usaha gigih yang dilakukan dan jangan ada perasaan tidak percayaan pada diri sendiri kerana ia merupakan aspek negatif dan halangan untuk diri maju kehadapan,” kata Amir.

Proses penciptaan lagu bermula dengan sesi ‘freestyle’ yang spontan bersama rakan selebriti, Rebel Asia. Kemudian proses rakaman lagu ini hanya mengambil masa lima jam untuk menghasilkan lagu Tango dengan sempurna.

Namun begitu, Amir mengakui bakal menghadapi cabaran akan datang kerana peralihan daripada penyanyi yang bergenre pop bertukar kepada muzik hip hop. Kemungkinan ia bakal menimbulkan keraguan di kalangan peminat.

Namun, perkara ini bukan halangan kepada Amir kerana kini lebih bersedia dengan segala kemungkinan yang berlaku.

“Melalui pertemuan spontan bersama Rebel Asia, kami melakukan ‘freestyle’ berdasarkan perjalanan dan pengalaman dalam dunia muzik kami, kemudian lagu Tango pun muncul dengan sendirinya dan akhirnya kami mengambil keputusan untuk mengeluarkan single ini dibawah syarikat rakaman Sony Music Malaysia.

“Walaupun saya bakal mengharungi beberapa cabaran seperti penerimaan pendengar dan peminat terhadap lagu ‘Tango’ kerana ini genre yang berbeza berbanding lagu-lagu sebelum ini.

“Namun, saya juga sangat yakin dengan lagu ini, bakal memenangi hati dan mendapat sambutan hangat dari peminat kerana karya ini bukan sahaja mengekalkan relevansi dengan tren terkini, tetapi juga merupakan citarasa pendengar sekarang terutamanya di laman sosial TikTok,” katanya.

Selain itu, Rebel Asia juga berkongsi perasaannya yang sangat teruja apabila mendapat peluang untuk bekerjasama dengan Amir.

“Semestinya saya sangat teruja kerana dapat melibatkan diri dalam lagu Tango. Kami berusaha dalam menyediakan sajian yang bermakna ini serta mengikut tren semasa yang mempunyai vibe hip hop yang catchy dan berharap pendengar dapat relate dengan diri mereka,” kata Rebel dengan senyuman yang manis.

Dengarkan lagu Tango, boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Selepas 7 tahun menyepi, Jason Mraz pilih Malaysia untuk konsert mega Oktober depan! Tiket mula dijual 11 Jun ini

SELEPAS tujuh tahun menanti, peminat muzik tempatan bakal kembali disatukan dengan pelantun lagu hit global I’m Yours, Jason Mraz,...

More Articles Like This