SEORANG wanita Indonesia cedera selepas terjatuh dari tingkat 10 dekat Jalan Pinggiran Mas 1, Cyberjaya pada pagi tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Wan Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada 7.19 pagi.
Beliau berkata, sepasukan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Cyberjaya telah dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Bomba tiba di lokasi dan mendapati seorang wanita telah terjatuh dari tingkat 10 dan tersangkut pada tingkat tujuh bangunan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, mangsa berusia 42 tahun itu mengalami kecederaan di pinggang dan telah diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan bagi tindakan lanjut.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

