YAYASAN MyAqsa (MyAqsa) telah memfailkan petisyen aduan terhadap jenayah perang dilakukan oleh Israel kepada Pejabat Pendakwa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) di The Hague, semalam.
Pengerusinya Suwardi Yaacob berkata, petisyen merangkumi bukti serangan dan pengeboman ke atas institusi perubatan penting iaitu Hospital al-Shifa, Hospital al-Quds, Hospital Indonesia dan Hospital al-Ahl.
Katanya, dokumen menggariskan secara terperinci sejarah prosedur, rangka kerja undang-undang relevan dan catatan kekejaman yang menyebabkan beribu-ribu kematian, kecederaan serta kehilangan rumah penduduk Palestin.
“MyAqsa ingin menyatakan kekecewaannya terhadap ICC kerana kegagalannya meneruskan dakwaan terhadap Benyamin Netanyahu selepas lebih sebulan serangan genosid Israel yang menyaksikan kematian lebih daripada 13,000 kanak-kanak dan orang awam.
“Bukti yang dikumpul bukan sahaja terdiri daripada video dan gambar malah kenyataan langsung daripada ramai saksi yang menyaksikan sendiri kekejaman yang dilakukan pada masa ianya terjadi.
“Pengumpulan bukti tidak akan dapat dilakukan tanpa bantuan kerajaan Palestin. Jika ICC memerlukan maklumat lanjut kes…kami bersedia untuk memberikan segala butiran tersebut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Baca artikel lain: Johor bentang Belanjawan 2024 dengan lebihan RM4.21 juta
Pasukan MyAqsa diketuai oleh Prof Datuk Dr Rahmat Mohamad, Lukman Sheriff Alias, Azril Mohd Amin termasuk dua pemegang amanahnya iaitu Mohd Gunawan Che Ab Aziz dan Datuk Abdul Rasyid Idris.
Dengan penyerahan petisyen aduan ini, Suwardi berharap, ICC mengeluarkan waran tangkap terhadap tertuduh.
Selain itu, MyAqsa menyeru agar tuduhan rasmi terhadap tertuduh atas dakwaan jenayah di bawah Perkara 61 Statut Rom dapat dibuat dengan segera.
“Kami memohon penyiasatan menyeluruh dimulakan segera oleh ICC berdasarkan maklumat dan bukti seperti yang diperuntukkan menurut Artikel 15 dan 53 Statut Rom.
“Keadilan yang ditangguh bukan sahaja keadilan yang dinafikan kerana tindakan pantas oleh ICC sebenarnya boleh menghentikan lebih banyak kematian dan perpindahan ribuan rakyat Palestin di Gaza.
“ICC mesti bertindak tanpa rasa takut atau pilih kasih. MyAqsa menuntut ICC meneruskan siasatannya dengan segera dan tanpa sebarang kelewatan yang disengajakan,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

