VOKALIS Wings, Datuk Awie berkongsi berita gembira isterinya, Sharifah Ladyana baharu saja disahkan hamil cahaya mata kedua mereka.
Menurut Awie atau nama penuhnya, Ahmad Azhar Othman, kehamilan isterinya itu masih di peringkat awal dan dia berharap proses kehamilan dipermudahkan.
“Saya sudah nak masuk yang ke-7 dah anak. Alhamdulillah ini rezeki Allah nak bagi dan saya rasa ini satu penambahan kebahagiaan dan ketenangan dalam hidup.
“Jadi kalau nak tegas dengan mereka ini bukan garang. Garang adalah ‘bullet’ terakhir. Kalau mereka malas nak belajar, terutama yang main-main selalu anak lelaki.
“Saya tahulah sebab saya lelaki. Insya Allah ini boleh beri ketenangan dalam hidup iaitu anak-anak. Saya tak terfikir saya ada tujuh orang anak. Selagi Allah izinkan.
“Rezeki jangan ditolak, maut jangan dicari. Selagi Allah izinkan, maknanya Dia tahu orang itu ada kemampuan. Rezeki tak pernah salah alamat,” ujarnya kepada Harian Metro.
“Tidak merancang soal cahaya mata, Awie bersyukur dengan kurniaan Allah dan menganggap kehadiran anak-anak memberi erti kegembiraan buat dirinya.
“Saya berprinsip, selagi dia mampu, boleh jaga, selagi saya rasa saya boleh. Cuma jika rasa membebankan janganlah. Namun,takkanlah anak itu membebankan,” jelasnya.
Terdahulu, Awie berkahwin dengan Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin pada 7 Oktober 2016, dan dikurniakan seorang anak pada 2020.
Menerusi perkahwinan dengan Rozana Misbun pada 20 Jun 2005, mereka dikurniakan Putra Ahmad Merrah, Putra Ahmad Rezzki, dan Puteri Qasseh Antasha.
Mereka bercerai pada 1 November 2014. Awie turut mempunyai dua cahaya mata hasil perkahwinan pertama dengan penyanyi, Arni Nazira iaitu Putri Aleeya Antasha, 23 dan Putri Aleefa Antasha, 21.

