DATUK Seri Anwar Ibrahim perlu diberi tiga ke empat tahun iaitu sehingga Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) sebelum menilai prestasi pentadbiran Perdana Menteri Ke-10 itu.
Perkara itu ditegaskan Veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang dalam entri terbaharu di laman blog miliknya, hari ini.
Menurut Kit Siang, tempoh tiga hingga empat tahun itu termasuk sama ada Anwar telah berjaya atau gagal memenuhi janji-janji sewaktu pilihan raya lalu.
“Terdapat banyak kritikan yang mengatakan Anwar belum memenuhi janji-janji pilihan rayanya.
“Tetapi saya ingin menggesa rakyat Malaysia untuk memberikan Anwar tiga ke empat tahun sehingga PRU-16 sebelum menilai sama ada Anwar telah berjaya atau gagal untuk memenuhi janji-janji pilihan rayanya,” katanya dalam hantaran tersebut.
Baca artikel berkaitan: Keterampilan Anwar modal besar kukuh hubungan Malaysia-Indonesia – ISWAMI
Mengulas lanjut, bekas Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu terdapat jangkaan besar bagi Anwar memenuhi janji-janji pilihan rayanya.
Kata beliau, ia berlaku apabila kestabilan politik mula dirasai dan Anwar juga tidak perlu sentiasa bimbang untuk ditumbangkan ketika ini.
Kit Siang malah menyifatkan ramai pihak terutama pemimpin Bersatu dan Pas seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak menjangkakan Anwar akan kekal sebagai Perdana Menteri sehingga setahun.
“Apabila anda perlu bersaing demi kehidupan politik anda, keutamaan yang berbeza mula muncul kelihatan.
“Tetapi apabila adanya kestabilan politik dan Anwar tidak perlu sentiasa bimbang untuk tidak ditumbangkan, jangkaan untuk dia memenuhi janji-janji pilihan rayanya mula meningkat,” katanya.
Hari ini, genap tempoh setahun Anwar memimpin negara dengan gagasan Malaysia Madani diperkenal beliau untuk membina hala tuju serta memandu negara ke tahap lebih berjaya dan maju.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

