VETERAN DAP, Lim Kit Siang menegaskan dakwaan bahawa beliau cuba ‘membina semula penduduk Cina’ semasa era pentadbiran Pakatan Harapan (PH) pada 2018 adalah tidak benar.
Beliau juga menyifatkan dakwaan pengarang buku Shattered Hopes, Romen Bose adalah tidak berlandaskan fakta.
Mengakui masih belum membaca buku tersebut, Kit Siang bagaimanapun menegaskan dakwaan Bose itu sebagai mengarut.
“Bekas perunding politik Datuk Seri Najib Tun Razak, Bose mengarut apabila dia mendakwa saya cuba ‘membina semula penduduk Cina’ semasa pentadbiran PH dan berkata usaha saya itu ‘agak berjaya’.
“Saya belum baca buku terbaru Bose, Shattered Hope tetapi dia tidak sepatutnya menulis tanpa fakta,” katanya memetik laporan Malaysiakini.
Untuk rekod, buku Shattered Hopes tulisan Bose antara lain mendakwa Polis Cawangan Khas memantau beberapa pemimpin DAP, termasuk Kit Siang, dengan menyatakan bahawa mereka sedang “membina semula penduduk Cina”.
Bose turut mendakwa Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Abdul Hamid Bador sering melawat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memaklumkan mengenai aktiviti pemimpin PH.
Mengulas lanjut, Kit Siang berkata, beliau tidak pernah berhasrat untuk melakukan perkara yang didakwa Bose itu.
Kit Siang berkata, beliau hanya memikirkan perkara-perkara berkaitan masa lalu dan masa depan rakyat selepas bersara dari politik pada 2022.
“Pemikiran seumpama itu tidak pernah saya bayangkan pun, dan saya tidak tahu apa yang dia cakap bahawa usaha saya ‘agak berjaya’.
“DAP kini di tangan pemimpin yang baik dan sejak saya bersara dari politik pada Mac 2022, tumpuan saya hanya berkisar tentang masa lampau dan masa depan umat manusia,” kata bekas ahli Parlimen Iskandar Puteri itu, merujuk kepada lawatannya ke beberapa tempat termasuk ke Lembah Bujang di Kedah dan China.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

