“Kajian mereka hanya libat 1,200 orang” – komen Anwar dapatan penerimaan masyarakat terhadapnya menurun

Dari Penulis

DATUK Seri Anwar Ibrahim berkata tinjauan Merdeka Centre berhubung penerimaan masyarakat terhadap pentadbiran dan kepimpinannya sebagai Perdana Menteri tidak melibatkan kajian terhadap keseluruhan rakyat Malaysia.

Beliau berkata maklum balas yang diterima oleh pusat penyelidikan itu hanya membabitkan 1,200 orang sampel kajian dan bukannya melibatkan 32 juta rakyat Malaysia.

“Kajian mereka hanya 1,200 sahaja dan kita mendengar pandangan itu.

“Tetapi kita juga kena cuba menyantuni seramai 32 juta orang,” katanya seperti dilaporkan media selepas menunaikan solat Jumaat dan makan tengah hari di Surau Al Furqan, Presint 11, Putrajaya, hari ini.

Dalam laporan media sebelum ini, Merdeka Center menyatakan tinjauannya mendapati penerimaan masayarakat terhadap Anwar sebagai Perdana Menteri menurun 50 peratus selepas setahun pentadbirannya.

Firma itu menyatakan separuh pengundi memberi maklum balas positif berbanding 68 peratus, dalam tinjauan sebelum ini.

Dalam tinjauan itu, rating kerajaan Persekutuan ketika ini berada pada tahap 41 peratus, berbanding 54 peratus pada Disember.

Kaji selidik itu juga menunjukkan tahap tidak puas hati terutama berkaitan ekonomi, meningkat kepada 43 peratus daripada 19 peratus.

Merdeka Center menyatakan hanya 31 peratus pengundi berpandangan negara pada hala tuju betul, manakala 60 peratus berpandangan hala tuju negara ke arah salah.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

226 kes tatatertib libat SPRM sejak 2021, PDRM tertinggi

SEBANYAK 226 kes tindakan tatatertib melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam tempoh empat tahun sehingga September 2024. Bagaimanapun, tindakan...

More Articles Like This