Menteri Haji Arab Saudi kongsi masa terbaik lakukan umrah

Dari Penulis

MENTERI Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Al-Rabiah berkongsi tips buat umat Islam yang ingin menunaikan umrah di Mekah.

Menurut menteri itu, masa terbaik untuk mengerjakan umrah ialah pada waktu pagi iaitu dari 7.30 hingga 10.30 pagi.

Bagi sebelah malam pula katanya, waktu sesuai mengerjakan ibadah itu ialah dari 11 malam hingga 2 pagi.

Dr. Al-Rabiah menerusi satu hantaran di akaun X berkata, hari-hari dalam seminggu yang paling kurang sesak untuk menunaikan ibadah Umrah adalah pada hari Ahad, Selasa, dan Rabu.

Nasihat menteri itu dibuat ketika Masjidilharam di Mekah mengalami peningkatan jemaah dari seluruh dunia.

Malah beliau berkata, cuaca di Mekah agak baik sejak kebelakangan ini.

Katanya, ini membolehkan jemaah melakukan ibadah mereka dengan mudah dan selesa.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This