ADUN Sidam, Bau Wong dilantik Ketua Pembangkang DUN Kedah

Dari Penulis

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sidam, Bau Wong Bau Ek dilantik sebagai Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, pada Mesyuarat Kedua Penggal Pertama DUN Kedah ke-15 di Wisma Darul Aman, hari ini.

Speaker DUN Kedah, Zubir Ahmad mengumumkan pelantikan Bau Wong dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu bagi menggantikan bekas ADUN Suka Menanti, Datuk Zamri Yusuf.

Bau Wong, 56, merupakan seorang daripada tiga ADUN Pakatan Harapan (PH) yang memenangi tiga daripada 33 kerusi DUN Kedah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos lepas.

Baca artikel lain: PRK Kemaman: Ahmad Said dilantik Pengarah Jentera BN

Beliau menang dengan majoriti 954 selepas meraih 21,859 undi, menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) Juliana Abdul Ghani yang memperoleh 20,905 undi.

Bau Wong adalah bekas pegawai khas Ahli Parlimen Sungai Petani Tan Sri Johari Abdul bermula 2018 hingga 2022 dan meneruskan khidmat sama kepada Dr Mohammed Taufiq Johari yang memenangi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-15, sebelum bertanding dalam PRN yang lepas.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar menghadap TMJ dalam suasana mesra, harmoni

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara, hari ini. Menurut...

More Articles Like This