Makanan berasaskan pulut punca peningkatan diabetes di Perlis

Dari Penulis

FAKTOR peningkatan penyakit kencing manis atau diabetes di Perlis dipercayai disebabkan pengambilan makanan berasaskan pulut tanpa kawalan.

Hidangan terkenal berasaskan pulut seperti pulut panggang, pulut ikan masin, pulut ayam atau pulut harumanis sebagai makanan harian mempunyai jumlah karbohidrat yang tinggi.

Malah, ia menjadikan Perlis menjadi negeri kedua selepas Negeri Sembilan mempunyai ramai pesakit diabetes terutama dalam kalangan warga emas.

Memetik laporan BH Online, Pengarah Kesihatan Perlis, Dr Ismuni Bohari berkata, jumlah pesakit kencing manis di negeri itu menunjukkan peningkatan ketara berbanding tekanan darah tinggi dan kolestrol yang merupakan antara penyakit tidak berjangkit (NCD).

Katanya, ia berdasarkan data Kajian Tinjauan Kebangsaan Morboditi (NHMS) 2019 terhadap penduduk dewasa Perlis berusia 18 tahun dan ke atas.

“Bagi kencing manis, ‘trend’ peningkatan bebanan penyakit ini begitu ketara iaitu sebanyak dua kali ganda daripada 16.9 peratus pada kajian NHMS 2015 kepada 32.7 peratus pada kajian NHMS 2019,” katanya.

Baca artikel lain: Kempen War Against Diabetes berjaya tawan puncak Gunung Santubong

Mengulas lanjut, Ismuni memaklumkan, trend peningkatan itu membabitkan anggaran seramai 52,184 orang penduduk di negeri Perlis yang didapati menghidap penyakit kencing manis.

Beliau berkata, jumlah golongan dewasa berusia 40 tahun ke atas yang tinggi di negeri itu juga menjadikan faktor peningkatan usia memainkan peranan utama dalam peningkatan peratusan kes.

“Malah, makanan di Perlis jika diteliti terlalu banyak karbohidrat yang mana terdapat pelbagai makanan berasaskan pulut seperti pulut panggang serta beraneka makanan pulut yang lain.

“…dahulu pulut ini dimakan waktu pagi (sebagai tenaga) dan kalau lepas makan pulut, petani turun membajak sawah namun sekarang segala pekerjaan ini dimudahkan dengan penggunaan mesin padi namun cara pemakanan masih terus kekal sehingga menjurus kepada gaya hidup yang tidak sihat sehinggalah mendapat penyakit kencing manis,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This