Kempen War Against Diabetes berjaya tawan puncak Gunung Santubong

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

KEMPEN War Against Diabetes (WAD) anjuran Sanofi Malaysia, Kelab Bola Sepak Selangor (Selangor FC) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berjaya menakluk puncak gunung tertinggi di Kuching, Sarawak, Gunung Santubong.

Kempen tersebut merupakan kempen kesedaran kesihatan awam yang dilancarkan awal April 2022 oleh Selangor FC dan Sanofi Malaysia dengan sokongan KKM.

Ekspedisi yang dianjurkan pada 23 April lalu itu adalah bertujuan memberi inspirasi dan galakan kepada rakyat Malaysia dalam mengambil langkah dalam mencegah diabetes, melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala dan mendapatkan rawatan awal.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) KKM, Datuk Dr. Chong Chee Keong telah dipilih untuk menguasai ekspedisi tersebut.

Lebih manis, Datuk Dr. Chong turut berjaya menamatkan pendakian itu bagi memberi inspirasi kepada orang ramai untuk terus kekal aktif dengan bertahan mendaki gunung tersebut.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) KKM, Datuk Dr. Chong Chee Keong bergambar di puncak Gunung Santubong, Kuching, Sarawak. GAMBAR: Selangor FC dan Sanofi Malaysia.

Gunung Santubong sememangnya terkenal bagi para peminat akiviti mendaki memandangkan ia telah diberi nilai kesukaran yang tinggi sekitar 810 meter atau 2,658 kaki tinggi.

Mengulas mengenai kempen tersebut, Datuk Dr. Chong berkata, masyarakat perlu mempunyai mentaliti positif dan komitmen yang teguh untuk mencegah penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti diabetis.

Jelas beliau, masyarakat bukan sahaja perlu mempunyai keinginan untuk mempunyai jangka hayat yang lebih lama, bahkan mempunyai kesihatan yang baik dan bebas diabetis.

“Kita hanya memerlukan mentaliti yang positif dan komitmen yang teguh. Oleh itu, sebagai bukti bagi mempamerkan komitmen ini, kami kini berada di Kuching, untuk mendaki Gunung Santubong pada Hari Bumi Sedunia.

“Kumpulan ini berhasrat untuk menjadi pemangkin dan sumber inspirasi kepada rakyat Malaysia supaya kekal aktif. Perjalanan tersebut bukanlah sesuatu yang mudah, persis kepada setiap perubahan dalam kehidupan kita.

“Mendidik orang ramai dan mencari daya perubahan sikap atau tingkah laku bukanlah satu perkara yang mudah, namun kami sangat bertuah mempunyai rakan usaha sama seperti Sanofi dan Selangor FC yang menerajui kempen kesedaran sebegini ,” katanya.

Doreen Tan (kanan) menyampaikan jersi Selangor FC kepada Datuk Dr. Chong Chee Keong. GAMBAR: Selangor FC dan Sanofi Malaysia.

Sementara itu, merujuk kepada agenda utama Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) iaitu meningkatkan taraf kesihatan rakyta Malaysia, pendekatannya adalah bekerjasama dengan usaha sama di luar agensi kerajaan untuk memperkasakan mesej kesihatan kepada masyarakat.

Ekspedisi itu merupakan simbolik kerjasama dengan organisasi swasta dalam mendekati dan menangani isu diabetes.
Kolaborasi seperti kempen ini adalah sangat penting dalam menggalakkan sesuatu perubahan.

Dalam pada itu, Ketua Hal Ehwal Awam dan Akses Pemasaran Sanofi Malaysia, Doreen Tan berkata, misi menakluk Gunung Santubong itu menunjukkan komitmen berani pihaknya untuk terus memberi penekanan kepada matlamat dalam memerangi diabetis dengan mengajak orang ramai membuat pilihan yang lebih sihat dalam gaya hidup mereka.

Peserta ekspedisi War Against Diabetes bergambar di Gunung Santubong, Kuching, Sarawak. GAMBAR: Selangor FC dan Sanofi Malaysia.

“Sebagai usaha menerapkan nilai dan lambang komitmen syarikat kami terhadap inovasi, kami percaya pengurusan diabetes melangkaui perubatan dan setiap individu mempunyai perjalanan mereka yang tersendiri.

“Dengan pendidikan yang lebih baik, kami berharap dapat memperkasakan orang ramai untuk menguruskan penyakit ini serta mencapai sasaran paras gula dalam darah mereka,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Dr. Ooi Choo Huck turut memuji ekspedisi kumpulan itu dan gembira dengan pemilihan Gunung Santubong sebagai lokasi menyebarkan usaha murni kempen tersebut.

“Gunung Santubong merupakan satu daripada gunung yang paling megah di Malaysia dan ekspedisi ini mampu memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk menjadi lebih proaktif dalam menjaga kesihatan mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr. Johan Kamal Hamidon berkata, kelab bola sepak itu bercita-cita untuk memainkan peranan yang lebih besar dalam meningkatkan kesedaran kesihatan kepada peminat mereka dan orang ramai.

Jelas beliau, Selangor FC mahu menjadi kelab yang menyeluruh dan bukan sekadar sebuah kelab bola sepak semata-mata.

“Ekspedisi mendaki ini adalah salah satu aktiviti untuk mempamerkan bagaimana kita boleh mengamalkan gaya hidup sihat dan kekal aktif.

“Kami mahu kempen WAD ini terus memberi inspirasi kepada lebih ramai orang untuk mengambil berat tentang diabetis,” katanya.

Peserta ekspedisi War Against Diabetes bergambar di Gunung Santubong, Kuching, Sarawak. GAMBAR: Selangor FC dan Sanofi Malaysia.
Dr. Chong Chee Keong memanjat tangga ketika mendaki Gunung Santubong, Kuching, Sarawak. GAMBAR: Selangor FC dan Sanofi Malaysia.
Peserta ekspedisi War Against Diabetes bergambar di Gunung Santubong, Kuching, Sarawak. GAMBAR: Selangor FC dan Sanofi Malaysia.

Mengenai War Against Diabetes

War Against Diabetes adalah kempen revolusi diabetes di seluruh negara yang dianjurkan oleh Sanofi dan Selangor FC, dengan kerjasama KKM, Diabetes Malaysia dan Persatuan Pendidik Diabetes Malaysia, untuk memberi inspirasi kepada orang ramai bagi mengambil tindakan terhadap pencegahan dan pengurusan diabetes. Kempen ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang diabetes, saringan awal, rawatan awal dan pengurusan penjagaan bersepadu diabetes untuk mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik.

Mengenai GetInsulinRight

GetInsulinRight.My ialah platform e-pembelajaran pertama seumpamanya yang didedikasikan untuk memperkasakan rakyat Malaysia dengan pengetahuan tentang pengurusan diabetes dengan insulin melalui satu siri modul pembelajaran dalam talian yang khusus mengenai pengurusan insulin. Sanofi Malaysia bekerjasama dengan Persatuan Pendidik Diabetes Malaysia (MDES) untuk melancarkan platform www.GetInsulinRight.my sebagai sebahagian daripada kempen WAD.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli: ‘Jika terbukti salah, mereka hendaklah disingkirkan daripada MRSM’

PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan tindakan tegas diambil terhadap enam pelajar Tingkatan Lima...

More Articles Like This