Proton S70

PROTON Holdings Bhd (PROTON) hari ini melancarkan kereta sedang terbarunya, Proton S70 yang ditawarkan pada harga bermula daripada RM73,800.

Kereta sedan segmen-C itu diperkenalkan dengan empat pilihan varian iaitu 1.5T Executive yang ditawarkan pada harga atas jalan (tanpa insurans), bermula RM73,800; 1.5T Premium (daripada RM79,800); 1.5T Flagship (daripada RM89,800); dan 1.5T Flagship X (daripada RM94,800).

Proton S70 untuk pasaran Malaysia yang dibangunkan berasaskan model Geely Emgrand dilengkapi dengan enjin 1,477cc turbo DOHC tiga silinder yang menghasilkan kuasa 150PS pada 5,500rpm dan tork 226Nm pada 1,750-4,000rpm.

Buat pertama kali, PROTON menawarkan warna badan baharu Teal Bayou Green bersama enam pilihan yang lain iaitu Snow White; Armour Silver; Space Grey; Passion Red; Marine Blue; dan Quartz Black.

Proton S70 turut menawarkan ciri-ciri keselamatan standard seperti enam beg udara, Sistem Brek Anti Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (BA), Auto Brake Hold (ABH), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Sistem Kawalan Traksi (TCS) dan ‘Hill Hold Assist’ (HHA) serta ‘immobiliser’ dan penggera anti-curi.

Proton S70 didatangkan dengan 12 sensor merangkumi kamera monokular, dua radar gelombang milimeter di belakang, kamera keliling (360 darjah) dan lima sensor ultrabunyi.

Terdapat 13 sistem keselamatan ADAS yang ditawarkan pada dua varian teratas S70 antaranya Brek Kecemasan Autonomi (AEB); Amaran Perlanggaran Depan (FCW); Amaran Perlanggaran Belakang (RCW); Kawalan Kruise Adaptif (ACC) dengan henti & jalan; Kawalan Jelajah Pintar (ICC); Amaran Pelepasan Lorong (LDW); Pencegahan Pelepasan Lorong (LDP); dan Kawalan Tengah Lorong (LCC).

Selain itu, ia lengkap dengan Maklumat Papan Tanda Trafik (TSI); Bantuan Tukar Lorong (LCA); Amaran Trafik Belakang (RCTA); Amaran Buka Pintu (DOW); dan Kawalan Lampu Tinggi Pintar (IHBC).

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram