Festival Auto & Gaya Hidup Malaysia 2025, gabungan acara automotif & budaya pelbagai etnik bakal mewarnai Litar Sepang hujung minggu ini!

Dari Penulis

SUKAN permotoran sentiasa mendapat tempat di hati para penggemar yang sukakan kelajuan dan bunyi deruan yang menjadi simbol kepuasan.

Festival Auto & Gaya Hidup Malaysia (MALF) 2025 yang berlangung selama dua hari pada 14 dan 15 Jun ini di Litar Antarabangsa Sepang akan menjadi medan pertemuan bagi pencinta sukan aksi lasak ini.

Tidak hanya menghimpunkan sukan permotoran, malah budaya pop, warisan tradisional dan aktiviti mesra keluarga bakal menjadikan ia sebuah acara yang penuh memori.

Lebih istimewanya lagi, acara ini tidak hanya seperti autamotif yang pernah dianjurkan sebelum ini, tetapi ia turut mengetengahkan festival tempatan meraikan dentiti Malaysia di pentas serantau dengan pelbagai persembahan budaya tradisional mewakili semua etnik utama di negara ini.

Antara tarikannya termasuk demonstrasi drift, pameran kereta retro dan perhimpunan kelab kereta terbesar di Malaysia dengan lebih 800 kereta dipamerkan.

Festival ini terbuka kepada orang awam yang ingin mendekati dan melihat pelbagai pameran dan aktiviti yang disediakan secara percuma.

Malah, mereka juga boleh menikmati hari litar rasmi, aksi demo oleh pemandu legenda dan akses eksklusif ke kawasan pit.

Tak seperti penganjuran tahun lalu, edisi kali ini pelbagai jenis menu makanan berkonsepkan bazar turut dijual di lokasi terbabit.

Penonton juga akan terpesona dengan barisan persembahan budaya tradisional yang dinamik dan persembahan dram yang memukau, meraikan kepelbagaian warisan dan budaya Malaysia termasuk tarian etnik pribumi Borneo dan persembahan etnik dari seluruh negeri.

“Festival MALF 2025 ini mencerminkan siapa kita sebagai sebuah negara hari ini tetapi sebagai sebuah masyarakat berbilang kaum, bertenaga dan sentiasa maju ke hadapan. 

“Ia meraikan semua rakyat Malaysia, dan kami berbesar hati dapat menganjurkannya,” kata Malcolm Khoo, Ketua Pegawai Eksekutif KL Works merangkap Penganjur Utama MALF 2025.

Tak hanya Malaysia tetapi karnival ini juga mendapat penyertaan dari Singapura, Thailand, Brunei dan Indonesia sekaligus mengukuhkan kedudukan sebagai salah satu perhimpunan gaya hidup automotif paling meriah dan dinamik di Asia Tenggara.

Bukan hanya memfokuskan kepada golongan lelaki amnya tetapi festival tanpa henti itu juga sesuai dihadiri bersama ahli keluarga tanpa had umur.

Penganjur telah menyediakan ruang selesa bagi kanak-kanak dan wanita eksklusif lengkap dengan urutan serta penjagaan kuku, jualan produk tempatan, acara fesyen dan pelbagai vendor makanan serta minuman. Tarikan lain termasuklah Auto Icons Show, Festival Motorsikal dan Larian Kopi.

Jadikan acara ini sebagai destinasi pilihan keluarga yang terbaik bagi hujung minggu anda! 


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This