AHLI Parlimen pembangkang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (PN-Bukit Gantang) hari ini mengumumkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata demikian ketika bertanyakan soalan tambahan pada sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat, pagi ini.
“Dengan ini Bukit Gantang mengisytiharkan menyokong yang amat berhormat Tambun sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 dan ke atas kerajaan Madani.
“Saya sendiri bersedia untuk memberi dan membantu kerajaan mewujudkan masyarakat Madani menangani kenaikan harga dan kos sara hidup dengan mengambil ibrah Nabi Yusuf,” katanya.
Baca artikel lain: Samun kerana marahkan pemandu Grab, remaja 13 tahun ditahan polis
Sebelum ini, empat Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengumumkan sokongan kepada Perdana Menteri.
Mereka adalah Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid; Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan); Mohd Azizi Abu Naim dan Zahari Kechik (Jeli).
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

