Ada beberapa lagi Ahli Parlimen pembangkang tunggu giliran sokong Perdana Menteri?

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

Sehingga kini, seramai lima orang Ahli Parlimen dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah mengumumkan menyokong kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mendakwa, terdapat beberapa lagi Ahli Parlimen pembangkang sedang menunggu giliran untuk memberi sokongan kepada Perdana Menteri.

Menurut Mohd Puad, perkara itu berlaku memandangkan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah tidak mempunyai faktor penarik di dalam parti.

“Tindakan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Syed Abu Hussin Hafiz Syed Fasal umum sokong Perdana Menteri adalah tamparan maut ke muka Muhyiddin.

“Walaupun Muhyiddin tarik balik keputusan tidak pertahan jawatan Presiden, ia gagal halang tindakan Bukit Gantang. Saya tahu beberapa orang lagi sedang tunggu giliran.

“Maksudnya Muhyiddin sudah tidak ada wow factor. Yang terjerit minta Muhyiddin tarik balik niat tidak tanding hanya berlakon. Muhyiddin tertipu. Dulu dia tipu Tun Dr Mahathir Mohamad. Kini ahli Bersatu tipu dia,” katanya menerusi perkongsian di media sosial.

Baca juga: Bersatu tidak ketandusan pemimpin, Muhyiddin ‘kunci’ pemerkasaan

Terdahulu, Syed Abu Hussin Hafiz secara terbuka mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata demikian ketika bertanyakan soalan tambahan pada sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat, pagi semalam.

“Dengan ini Bukit Gantang mengisytiharkan menyokong yang amat berhormat Tambun sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 dan ke atas kerajaan Madani.

“Saya sendiri bersedia untuk memberi dan membantu kerajaan mewujudkan masyarakat Madani menangani kenaikan harga dan kos sara hidup dengan mengambil ibrah Nabi Yusuf,” katanya.

Pada 8 November lalu, Ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik menjadi wakil rakyat pembangkang keempat mengisytiharkan sokongan kepada kepimpinan Anwar.

Sebelum itu, tiga pemimpin Bersatu iaitu Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid; Ahli Parlimen Labuan, Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim telah mengambil tindakan serupa dengan memberi alasan demi kebajikan rakyat di kawasan masing-masing.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anwar mohon maaf tak dapat hadir majlis penghormatan terakhir Ayatollah Ali Khamenei

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Allahyarham...

More Articles Like This