ENAM lelaki Bangladesh berdepan detik cemas selepas rumah teres didiami meletup akibat kebocoran gas memasak pagi tadi.
Kejadian berlaku di sebuah rumah teres dua tingkat dekat Jalan Bukit Jawa 2, Klang.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Wan Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada 11.13 pagi.
Beliau berkata, sepasukan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Raja telah dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Bomba tiba di lokasi kejadian dan mendapati letupan tersebut telah mengakibatkan runtuhan pada syiling dan tingkap rumah pecah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, pemeriksaan mendapati enam lelaki Bangladesh tidak mengalami sebarang kecederaan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

