Dewan Rakyat lulus RUU Kawalan Produk Merokok

Dari Penulis

DEWAN Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 dengan undian suara.

Rang undang-undang yang dibentangkan Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa itu antaranya memperuntukkan larangan bagi menjual dan membeli produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau atau mengadakan apa-apa perkhidmatan untuk merokok kepada Orang Belum Dewasa (OBD).

Ia juga menyaksikan pengguguran peruntukan berkaitan generasi penamat (GEG) iaitu larangan penjualan produk tembakau dan rokok serta larangan merokok bagi orang yang lahir pada 1 Jan 2007 dan seterusnya.

Rang undang-undang yang mengandungi Fasal 1 hingga 54 itu dibentang semula bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada Selasa, sebelum dibentang untuk bacaan kali kedua semalam dan dibahas 27 Ahli Parlimen.

Baca artikel lain: Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 dibentang semula

Dalam pada itu, Dr Zaliha menzahirkan ucapan penghargaan kepada empat bekas Menteri Kesihatan kerajaan terdahulu yang telah berusaha dalam menangani isu merokok selain memperjuangkan rang undang-undang berkaitan rokok.

“Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan penghargaan kepada menteri kesihatan sebelum ini, Datuk Seri Dr S. Subramaniam, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Datuk Seri Dr Adham Baba dan Khairy Jamaluddin.

“Terima kasih atas usaha yang dicurahkan dalam usaha tangani isu merokok secara amnya dan khususnya dalam membangunkan rang undang-undang yang telah kita (Dewan Rakyat) luluskan hari ini,” katanya.

Sementara itu, Dewan Rakyat turut meluluskan Rang Undang-Undang Makanan (Pindaan) 2023 bagi meminda Akta Makanan 1983, selaras dengan kelulusan Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This