BEKAS Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa memohon kerajaan untuk melihat semula langkah melonggarkan penjualan arak di Kuala Lumpur.
Menurut Annuar, hal itu memandangkan banyak peristiwa yang dikaitkan dengan kes mabuk dan minuman keras sehingga menimbulkan keresahan rakyat.
Langkah itu menurut Annuar tidak sepatutnya dilakukan setelah kerajaan terdahulu memperketatkan kawalan ke atas penjualan arak semasa beliau menggalas tugas sebagai Menteri Wilayah Persekutuan.
Annuar berkata, kerajaan ketika membuat keputusan itu pada akhir 2011 telah mengadakan rundingan yang intensif dengan pelbagai pemegang taruh.
“Saya merayu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku menteri yg bertanggungjawab terhadap Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (KL) untuk melihat semula keputusan ini.
“Saya harap janganlah keresahan rakyat dan orang awam terhadap isu ini diremehkan begitu saja.
“Secara perlahan lahan negara bergerak semula ke arah yang salah semata mata kerana kelompok tertentu yang dilihat semakin berkuasa dan menguasai,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca juga: ‘Pas jauh lebih tersusun’, Annuar bidas Rafizi
Terdahulu, media melaporkan kedai runcit di ibu negara boleh terus menjual minuman keras dengan syarat memohon untuk memperbaharui lesen mereka.
Pengerusi Lembaga Pelesenan Eksais Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (ELBKL), Dr Ronald Pua berkata, selagi perniagaan itu mematuhi peraturan, mereka akan dibenarkan menjual minuman beralkohol.
Mengulas lanjut, Annuar berkata, kerajaan terdahulu telah mengkaji kawalan yang dikenakan di negara lain termasuk Singapura dan England sebelum membuat langkah mengetatkan jualan minuman beralkohol.
Katanya, tidak ada satu alasan yang kukuh untuk melonggarkan semula kawalan penjualan arak kecuali desakan berterusan dari mereka yang mahu membuat laba yang lumayan dari penjualan arak.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

