KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) menafikan mesej tular di aplikasi WhatsApp kononnya penularan kes COVID-19 semakin meningkat sejak tiga minggu lalu.
KKM dalam hantaran di Facebook memaklumkan, mesej tular itu turut mendakwa berlakunya peningkatan kes disebabkan strain virus baharu hingga menyebabkan satu dalam setiap enam ke tujuh pesakit mendapat jangkitan paru-paru hingga memerlukan bantuan pernafasan.
Selain itu, KKM turut menegaskan tiada kejadian wad penuh bagi kemasukan pesakit COVID-19 di hospital telah dilaporkan.
Menurut kementerian itu, kenyataan tersebut sama sekali tidak benar.
Katanya, ketika ini kadar kemasukan pesakit COVID-19 ke wad hanya sekitar dua ke tiga peratus sahaja.
Baca artikel lain: Pasukan perubatan Malaysia sedia dihantar ke Gaza – KKM
“Justeru, orang ramai digesa agar tidak mudah mempercayai mesej yang ditularkan menerusi mesej berantai yang tidak diketahui sumber kesahihannya di media sosial.
“Rujuk portal KKMNOW di data.moh.gov.my untuk status semasa kes COVID-19 bagi memperjelaskan mengenai situasi ini,” katanya dalam hantaran tersebut.
Terdahulu, tular satu mesej di aplikasi WhatsApp kononnya kes COVID-19 di negara ini semakin meningkat dalam tempoh tiga minggu lalu.
Mesej tersebut turut memaklumkan bahawa strain virus COVID-19 baharu agak berbeza berbanding Omicron dengan trend kali ini didapati satu dalam setiap enam ke tujuh pesakit mempunyai jangkitan pada paru-paru.
Mesej palsu itu turut mendakwa wad menempatkan pesakit COVID-19 telah penuh dalam tempoh tiga minggu ini.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

