Kemenangan sebagai ‘game changer’ PN menuju Putrajaya – Samsuri

Dari Penulis

CALON PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyifatkan kemenangan dengan majoriti besar dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman hari ini sebagai ‘game changer’ serta pembuka ‘pintu’ kepada Perikatan Nasional (PN) menuju Putrajaya.

“Terima kasih semua. Apa yang kita hadapi hari ini di Parlimen Kemaman, dengan majoriti tinggi hasil kerja kuat semua akan menjadi ‘game changer’ dan akan ‘buka pintu’ untuk kita menuju Putrajaya,” katanya selepas diumumkan sebagai pemenang pada PRK Kemaman di Arena Square Kemaman, Chukai, malam ini.

Pegawai Pengurus PRK Parlimen Kemaman, Ahmad Farhan Abdul Wahab sebelum itu mengumumkan keputusan PRK Kemaman yang berpihak kepada Ahmad Samsuri di Dewan Berlian Utama Majlis Perbandaran Kemaman.

Ahmad Samsuri yang juga Menteri Besar Terengganu dan Naib Presiden PAS menang dengan majoriti 37,220 undi hasil kiraan daripada 249 keseluruhan peti undi bagi PRK itu.

Ahmad Samsuri mendapat 64,998 undi, manakala lawannya dari BN, Jen (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor mendapat 25,023 undi.

Majoriti diperoleh calon PAS kali ini jauh lebih tinggi berbanding penyandang sebelum ini, Che Alias Hamid yang memperoleh majoriti 27,179 undi.

Dalam pada itu, Ahmad Samsuri menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang bertungkus lumus sehingga membawa kepada kemenangan PAS dalam PRK Kemaman hari ini.

“Kepada semua yang berada di hadapan saya, kepada pengundi Parlimen Kemaman, penduduk dalam daerah Kemaman, semua petugas dan jentera daripada Kemaman dan kepada DUN di Terengganu, terima kasih saya ucapkan.

“Terima kasih kepada semua yang datang dari negeri di seluruh Malaysia yang turut sama hadir ke Parlimen Kemaman, untuk bersama terbabit dalam aktiviti proses demokrasi pilihan raya

“Sekali lagi, dari sudut hati saya, terima kasih dan saya akan ingat perjalanan ini sampai bila-bila,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua remaja ditahan langgar anggota polis, cuba lari sekatan jalan

DUA remaja ditahan selepas dipercayai merempuh seorang anggota polis ketika cuba melarikan diri daripada sekatan jalan di Taman Panchor...

More Articles Like This