Mayat bayi masih sempurna ditemukan terdampar di Pantai Queensbay

Dari Penulis

PENEMUAN mayat bayi perempuan yang terdampar di pesisiran Pantai Queensbay di Bayan Baru, Pulau Pinang pada petang Ahad membuatkan pengunjung yang beriadah di kawasan itu gempar.

Ketika ditemukan, jasad bayi itu berada dalam keadaan sempurna dan tidak berpakaian.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan jasad bayi itu pada pukul 5.55 petang.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati mayat bayi perempuan yang dijumpai itu disyaki dihanyutkan oleh arus laut sehingga terdampar di tepi pantai tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Kamarul berkata, jasad bayi itu kemudiannya dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi tujuan bedah siasat.

Menurut beliau, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi atau tampil ke balai polis berhampiran.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan,” tambahnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

64 projek pembangunan semula sekolah daif siap sejak 2025

SEBANYAK 64 projek pembangunan semula sekolah daif telah berjaya disiapkan di seluruh negara sejak tahun 2025 hingga suku kedua...

More Articles Like This