PARTI DAP tidak mungkin mampu untuk menjinakkan dan ‘mengembiri’ Pas seperti mana yang dilakukan terhadap UMNO ketika ini.
Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat, Tan Sri Annuar Musa berkata, hal itu dapat dilihat apabila veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang melakukan serangan halus secara tertumpu kepada Pas.
Beliau berkata, Kit Siang menjelang hari mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman secara tiba-tiba mengeluarkan kenyataan ‘Impian Malaysian’.
Menurut Anwar, kenyataan itu antara lain kononnya Perlembagaan Persekutuan tidak menghalang orang Cina untuk menjadi Perdana Menteri pada masa akan datang.
“Secara halus Kit Siang mengetengahkan gagasan Malaysian Malaysia dengan harapan meningkatkan sentimen pengundi Cina.
“Kini beliau membuat provokasi halus agar ahli Parlimen Kemaman Datuk Seri Dr Samsuri Mokhtar menggantikan Tan Sri Abdul Hadi Awang sebagai Presiden Pas,” katanya dalam kenyataan.
Baca juga: Semua rakyat dicukai, tapi kerajaan sekat peruntukan kerana berbeza politik – Hadi Awang
Mengulas lanjut, Annuar yang juga bekas Setiausaha Agung UMNO berkata, serangan yang ditujukan kepada Abdul Hadi adalah kerana Kit Siang mengetahui Ahli Parimen Marang itu adalah kekuatan Pas dan Perikatan Nasional (PN).
Beliau berkata, Abdul Hadi telah menjadi magnet utama dengan daya tarikan poilitik yang kuat dan akan terus membesar dari semasa ke semasa.
Menurut Annuar, Presiden Pas juga telah membuktikan keupayaan politik beliau sehingga DAP berasa terancam dan tertekan khususnya dalam usaha mengaburi mata politik orang Melayu.
“Strategi Kit Siang dan DAP sudah berjaya dikesan oleh Pas sekaligus memastikan pelan untuk menghalang penyatuan ummah tidak akan berjaya.
“Mereka mungkin berjaya memecahkan Muafakat UMNO-Pas yang mereka gelarkan Taliban, namun kini mereka di hantui igauan baru iaitu kemunculan Pas sebagai payung besar perpaduan Melayu dan ummah,” katanya.
Annuar menambah, Pas telah menganalisa setiap perkembangan politik tanah air selain tampil kehadapan menongkah arus perdana politik dengan penuh istiqamah dan keyakinan.
Beliau menegaskan, Pas tidak pernah berhenti daripada proses merekayasa politiknya dengan mengikuti fiq siasah dan panduan Islam yang sentiasa dijadikan pegangan.
“Dengan UMNO dikembirikan DAP tentulah Pas lebih bersiap siaga memimpin politik orang Melayu dan ummah. Pas mampu melakukannya dan Pas adalah untuk semua,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

