Pemandu Axia maut selepas bertembung treler

Dari Penulis

SEORANG lelaki maut selepas kereta yang dipandu bertembung dengan sebuah lori treler di Jalan Kuala Selangor, Kompleks Penjara Sungai Buloh, awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Wan Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada 5.13 pagi.

Beliau berkata, sepasukan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bestari Jaya telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Bomba tiba di lokasi dan mendapati kemalangan melibatkan sebuah Perodua Axia dengan sebuah treler.

“Pemeriksaan mendapati seorang lelaki Melayu berusia 20-an telah tersepit di bahagian tempat duduk pemandu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, mangsa telah dikeluarkan oleh pihak bomba dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar menghadap TMJ dalam suasana mesra, harmoni

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara, hari ini. Menurut...

More Articles Like This