Tegur pemandu kereta tak beri isyarat, penunggang motosikal dilanggar, diugut di Tasek Gelugor

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEORANG penunggang motosikal telah diugut dan dilanggar pemandu kereta di sebuah stesen minyak di kawasan Tasek Gelugor, Pulau Pinang, semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd Asri Shafie berkata, pihaknya telah menerima laporan polis berhubung kejadian itu daripada mangsa.

Dalam kejadian yang turut tular dalam media sosial itu, Mohd Asri memberitahu, hasil siasatan awal mendapati kes itu berpunca apabila pengadu menegur suspek memotong tanpa memberi isyarat lampu sisi.

Kata beliau, suspek kemudiannya tidak berpuas hati sehingga menggunakan kereta melanggar motosikal pengadu.

“Pada 8 Disember telah tular di media sosial berhubung video berdurasi selama lebih kurang 27 saat kejadian telah diugut dan dilanggar seorang lelaki tidak dikenali di sebuah stesen minyak di kawasan Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

“Kejadian yang tular ini jelas merupakan satu kejadian jenayah disiasat di bawah Seksyen 427 dan 506 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel lain: Murid Tingkatan Tiga maut dilanggar pacuan empat roda di Mersing

Mohd Asri memberitahu, Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan khianat akan membawa hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Bagi Seksyen 506 Kanun Keseksaan, kesalahan ugutan jenayah memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung insiden itu boleh menghubungi mana-mana balai polis atau pegawai penyiasat Insp Lee Howe Chong di talian 016- 598 9576.

Terdahulu tular di media sosial video berdurasi 27 saat memaparkan seorang penunggang motosikal diugut dan dilanggar oleh seorang pemandu kereta Proton Wira sehingga mengalami kecederaan kaki kanan dan motosikalnya rosak.

Pemandu itu dilihat keluar daripada kenderaannya dengan memegang sebatang besi namun sebaik mangsa memberitahu dia merakam video, suspek terus masuk semula ke dalam kereta.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This