Zayn Rayyan dibunuh: Lima individu telah dirakam percakapan

Dari Penulis

LIMA individu telah dirakam percakapan masing-masing setakat ini bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Memetik laporan BH Online, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, lima individu tersebut termasuk ibu bapa Zayn Rayyan.

Difahamkan, selain ibu bapanya, lelaki pertama yang menemukan mayat Zayn Rayyan adalah antara lima individu yang dirakam keterangan.

Pada masa sama, Hussein memaklumkan, polis juga akan mengambil keterangan jiran dan pihak sekolah mangsa.

“Setakat ini lima individu sudah dipanggil memberi keterangan termasuk ibu bapa mangsa.

“Siasatan masih dijalankan dan polis turut akan memanggil beberapa jiran di kawasan kediaman itu dan juga pihak sekolah mangsa,” katanya.

Mangsa sebelum ini bersekolah di Sekolah Kebangsaan Damansara Damai 2 (SKDD2).

Sementara itu, Hussein memaklumkan pihaknya juga masih menyiasat sama ada kes tersebut didalangi lebih daripada seorang suspek.

Beliau berkata, polis menyiasat semua kemungkinan termasuk kebarangkalian mangsa mengenali suspek.

Baca artikel lain: Tiada bekas luka akibat dera pada tubuh Zayn Rayyan

UtusanTV sebelum ini melaporkan Zayn Rayyan dilaporkan hilang dari kawasan perumahan apartmen dekat Jalan PJU 10/1, Damansara Damai pada tengah hari Selasa.

Zayn Rayyan kemudian ditemukan meninggal dunia di saliran air berdekatan takungan air 200 meter dari rumahnya, kira-kira jam 10 malam hari Rabu.

Mangsa ditemukan semasa gerakan mencari dijalankan melibatkan pegawai dan anggota polis serta penduduk setempat.

Hasil bedah siasat mendapati terdapat unsur jenayah iaitu kesan kecederaan pada leher dan badan kanak-kanak terbabit.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain kemudiannya mengesahkan Zayn Rayyan dipercayai dibunuh di lokasi lain sebelum mayatnya diletakkan di dalam sungai tempatnya ditemukan.

Siasatan juga tidak menolak kemungkinan suspek terlibat dengan pembunuhan itu mengetahui selok-belik kawasan tempat mayat kanak-kanak itu ditemukan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This