Johan ‘Jojo’ Ghazali hanya perlukan 36 saat tumbangkan Edgar Tabares

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

JAGUH muay thai negara, Johan ‘Jojo’ Ghazali hanya memerlukan 36 saat untuk ‘menumbangkan’ petarung Mexico, Edgar Tabares pada aksi Primetime US, ONE Championship sebentar tadi.

Petarung sensasi negara itu tidak menunggu lama dengan melancarkan serangan bertali arus sebaik loceng permulaan dibunyikan.

Walaupun membuat penampilan sulung pada aksi Primetime US, namun Jojo tidak langsung menunjukkan rasa gentar.

Akhirnya, tumbukan padu Jojo atau nama sebenarnya Muhammad Johan Ghazali Zulfika ke arah muka Tabares yang juga juara Muay Thai Antarabangsa WBC menghasilkan knockout (KO) pada pusingan pertama.

Jojo yang mula beraksi di ONE Championship sejak Februari lalu, belum pernah mengalami kekalahan dalam kesemua lima pertarungannya.

Sebelum ini, Johan Ghazali menjadi peserta paling muda dalam sejarah berjaya mendapatkan kontrak siri ONE Championship bernilai AS$100,000.

Baca artikel lain: ‘Saya raih kontrak ONE Championship sebelum dapat lesen kereta, ini gila’ – Jojo

Peserta muda Malaysia itu berjaya meraih kontrak berkenaan selepas menewaskan lawannya dari Rusia, Temirlan Bekmurzaev dalam ONE Friday Fights 36, Oktober lalu.

Jojo menarik perhatian penonton apabila melepaskan pukulan knockout (KO) terhadap Bekmurzaev pada pusingan kedua.

Johan yang mewakili Kelab Muay Thai Rentap turut meraih Bath 350,000 (RM46,000).

Atlet negara itu mempunyai darah campuran melalui ayahnya iaitu warganegara Malaysia dan ibunya yang berasal dari Amerika Syarikat.

Mei lalu, Jojo turut berjaya menang dengan KO terhadap lawannya, Tai Sor Jor Piek Uthai, 24, juara dunia muay Thai dua kali di Stadium Lumpinee, Bangkok.

Pada Februari lepas, Johan mengejutkan peminat melakarkan penampilan sulung menakjubkan apabila hanya mengambil masa 16 saat untuk menumbangkan lawannya dari Thailand, Padetsuk Fairtex, 18, dalam pertarungan Flyweight Muay Thai.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli: ‘Jika terbukti salah, mereka hendaklah disingkirkan daripada MRSM’

PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan tindakan tegas diambil terhadap enam pelajar Tingkatan Lima...

More Articles Like This