SERAMAI 228 individu telah diambil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) melibatkan pemeriksaan unit rumah dan premis perniagaan di Apartmen Idaman, Damansara Damai bagi membantu kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pemeriksaan dijalankan melibatkan sebahagian penduduk dari 18 blok yang menempatkan 2,484 unit rumah.
“Jumlah keseluruhan penduduk yang diperiksa adalah seramai 5,628 orang dan setakat ini ujian DNA yang telah diambil melibatkan 228 individu.
“Siasatan dijalankan seramai 278 pegawai dan anggota termasuk Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya dan turut dibantu beberapa IPD lain,” katanya ketika dihubungi media hari ini.
Beliau berkata, kesemua sampel DNA itu diambil melibatkan sebahagian penduduk di seluruh blok kawasan Apartment Idaman di Petaling Jaya.
“Pengambilan DNA akan diteruskan lagi dalam memastikan siasatan berjalan dengan lancar.
“Keadaan cuaca yang hujan secara langsung memperlahankan operasi pencarian bukti yang dijalankan pihak polis,” katanya.
Katanya, pihaknya telah merakam keterangan melibatkan 20 individu termasuk ibu bapa serta individu yang menemukan mayat mangsa sebelum ini.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

