Puad persoal Kit Siang main isu 3R walaupun sudah bersara

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mempersoalkan tindakan veteran DAP, Lim Kit Siang yang masih lantang menyentuh isu agama, bangsa dan raja (3R) walaupun telah bersara daripada dunia politik.

Menurut Mohd Puad, Kit Siang sewajarnya tidak perlu mengungkit dan menjadikan isu Perdana Menteri daripada kalangan orang bukan Melayu sehingga membangkitkan kemarahan ramai pihak.

Katanya, hal itu memandangkan Kit Siang telah mengaku bahawa beliau tidak pernah berhasrat untuk menjadi Perdana Menteri selain yakin orang Cina tidak akan menjawat jawatan tertinggi negara 100 tahun lagi.

“Benar, Perlembagaan Persekutuan dengan jelas tidak sebut Perdana Menteri mesti orang Melayu. Tetapi kenapa Kit Siang panaskan isu itu?

“Kit Siang sendiri mengaku dia tidak bermimpi untuk jadi Perdana Menteri. Dia juga mengaku tidak yakin 100 tahun lagi orang Cina akan jadi Perdana Menteri.

“Maka biarlah kematangan politik mengambil tempat secara natural. Bukan dipaksa. Tidak perlu diungkit ungkit dan dijadikan isu sensasi,” katanya menerusi hantaran di media sosial hari ini.

Baca juga: “Impian Kit Siang tidak akan tercapai selagi kami bernyawa” – Akmal Saleh

Terdahulu, Veteran DAP itu mencetuskan kontroversi melalui kenyataan dikeluarkan di Manchester, United Kingdom pada 29 November lalu, menyebut ‘tiada sekatan dalam Perlembagaan untuk bukan Melayu menjadi Perdana Menteri’.

Kenyataan berkaitan ‘Impian Malaysia’ oleh Kit Siang itu dibuat ketika beliau berucap di hadapan kumpulan pelajar Malaysia di sana.

Bekas Pengerusi DAP itu antara lain mengatakan Perlembagaan Malaysia pada 1957 mahupun selepas dipinda pada 1963 ketika Malaysia dibentuk, bersama-sama dengan Rukun Negara dan Wawasan 2020 berserta sembilan cabaran strategiknya, menjanjikan ‘Impian Malaysia’.

Impian berkenaan, menurut Kit Siang, meraikan kepelbagaian etnik, agama dan budaya, bukannya membawa satu impian untuk mana-mana satu etnik sahaja.

Beliau juga dilaporkan mendakwa Perlembagaan Persekutuan tidak menyekat mana-mana bukan Melayu daripada menjadi Perdana Menteri dan berharap Malaysia tidak memerlukan 230 tahun lagi untuk melihat seorang bukan Melayu berpeluang menjadi Perdana Menteri.

Mengulas lanjut, Mohd Puad turut mengingatkan Kit Siang bahawa kematangan politik Melayu menyebabkan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) masih wujud hingga hari ini.

Kata Mohd Puad, kematangan politik orang Melayu juga membolehkan mana-mana kaum menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang tanpa sebarang isu.

“Beranikah Lim Kit Siang menafikan SJKC dan SJKT tidak wujud dalam Perlembagaan? Sekolah itu wujud kerana kontrak sosial yang tidak bertulis dan pemimpin Melayu terus menghormatinya.

“Lim Kit Siang tidak marah Lee Kuan Yew menutup Nanyang University yang guna bahasa Cina. Universiti itu digabungkan dengan National University of Singapore yang guna Bahasa Inggeris.

“Di Malaysia tolak ansur masih ada. Kit Siang antara yang bantah SJKC melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Sebab itu SJKC kekal guna mandarin bagi mata pelajaran sain dan matematik.

“Tidak timbul soal perlembagaan. Tidak timbul isu kebebasan bersuara. Kenapa setelah bersara politik dan dapat Tan Sri masih main isu 3R? Negara perlu 100 tahun lagi untuk matang,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kementerian Komunikasi buka dua pusat media

KEMENTERIAN Komunikasi membuka dua pusat media sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 bagi memudahkan urusan liputan dan penyebaran...

More Articles Like This