ROMBAKAN Kabinet yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan Kerajaan Perpaduan kini kurang berkesan.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, ini disebabkan kerana proses rombakan dilakukan selepas setahun Anwar mentadbir negara.
“Maknanya barisan Kabinet sebelum ini kurang berkesan kerana rombakan dilakukan dalam tempoh setahun.
“Diharap selepas ini lebih berkesan, itulah harapan kita,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.
Beliau ditemui semasa menghadiri Majlis Sambutan Hari Kelantanku Bersih Tahun 2023 yang dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud, hari ini.
Baca artikel lain: Raja Permaisuri Agong terima anugerah darjah kerabat Selangor
Ahli Parlimen Kota Bharu itu memberitahu, Pas mahu kerajaan mengotakan janji membela rakyat termasuk saiz Kabinet sebagaimana dikatakan sebelum ini.
Ujarnya, pembangkang tidak mahu kerajaan mengamalkan konsep cakap tidak serupa bikin.
“Harap kerajaan bertanggungjawab dengan apa yang dikatakan sebelum ini,” katanya.
Takiyuddin berharap mereka yang dipilih untuk berada dalam saf Kabinet melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

