Amir Ahnaf anggap ‘muka awam’ satu kelebihan, percaya dapat bantu lahirkan realiti kepada watak

Dari Penulis

SERING dilebal berwajah ‘awam’, pelakon Amir Ahnaf akui tidak terasa hati malah menganggap perkara itu ialah satu kelebihan untuk memberikan impak kepada lakonannya.

Menerusi ciapan di laman X, Amir atau nama sebenarnya Muhammad Amir Ahnaf Mohd Khairuddin berpendapat memiliki ‘muka awam’ dapat membantu untuk memainkan watak.

“Nak tahu sesuatu tak? Mierul pernah borak dengan Amir, muka awam kita ni iaitu Melayu akan banyak membantu untuk pemain melakonkan watak.

“Kerana dalam kehidupan kita seharian ini memang tak lari daripada realiti. Hari-hari kita tengok rupa orang awam. Jadi kita dah terbiasa. Bila kita dah terbiasa, otak akan ‘setting’ sebegitu rupa,” ujarnya.

Dalam pada itu, pelakon berusia 23 tahun itu turut berkata rupa sebegitu dapat memberikan realiti kepada karakter sekali gus meninggalkan impak kepada penonton.

“Ia perkara yang baik, bila orang awam memainkan watak sebab mereka boleh pamerkan realiti dalam bentuk karakter.

“Rasa itu lagi menusuk jiwa penonton sebab bentuk rupa yang tak lali dari perhatian. Hari-hari tengok kan, kau betul-betul ‘feel vibes nusantara tu,” ujarnya.

Sementara itu, pelakon Nadhir Nasar turut dilihat sependapat dengan kenyataan tersebut dan menegaskan bakat lakonan adalah lebih penting berbanding rupa paras.

“Sebenarnya, dipanggil ‘muka awam’ tetapi memiliki pengikut dengan apa yang kita sajikan di kaca tv adalah satu pujian. Sebab orang tak tengok paras rupa tetapi bakat yang hendak ditunjukkan. Jalan terus!,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This