SEORANG penganggur ditahan selepas bertindak tidak senonoh di hadapan Balai Polis Ampang pada Selasa pukul 8.10 malam.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, petugas di pos pengawal telah didatangi seorang lelaki tempatan berusia 39 tahun dengan menaiki motosikal.
Beliau berkata, suspek yang dalam keadaan mabuk dan tidak terkawal telah mendekati anggota lalu membuat provokasi
“Amaran telah diberikan namun suspek bertindak agresif dengan mengeluarkan sebilah pisau lipat dalam simpanannya.
“Tangkapan terus dilakukan dan berlaku pergelutan semasa proses tahanan berlaku,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, suspek telah mengalami lukai di dahi kerana bertindak menghentak kepala di jalan raya semasa proses digari.
Turut dirampas sebilah pisau lipat berwarna perak.
Semakan mendapati suspek mempunyai lima rekod jenayah lampau dan kini direman sehingga Selasa.
Kes disiasat di bawah Seksyen 90 Akta Polis dan Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan 1958.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

