“Bukan hak dia buat macam itu” – Kakak mangsa mahu keadilan

Dari Penulis

KAKAK kepada Muhammad Zaharif Affendi, 17, pelajar tingkatan lima yang maut selepas motosikal ditunggangnya dilanggar sebuah kereta di Ipoh, Perak berharap akan ada keadilan untuk adiknya.

Nur Zawani Muhd Zamrie, 28, berkata jika adiknya ada melakukan kesalahan, pelaku seharusnya berjumpa dengan ibu bapa mereka.

“Kalau hendak letak di lokap pun tidak mengapa…. Bukan hak dia buat adik saya macam itu.

“Adik saya masih remaja yang baru hendak kenal dunia, lagi-lagi dia adalah anak bongsu dan kesayangan, malah hanya dia seorang sahaja yang masih bersekolah,” katanya semasa ditemui di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan menerusi kenyataan berkata pegawai kanan polis dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Kedah yang dipercayai terbabit dalam insiden itu sudah ditahan dan akan menjalani proses permohonan reman, esok.

Nur Zawani berkata ketika kejadian dia berada berhampiran lokasi kemalangan berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati di Meru itu dengan ayahnya dan seorang ustaz membantu adiknya untuk mengucap.

Menurutnya yang juga seorang jururawat dia pula memangku adiknya untuk memberikan bantuan pernafasan kecemasan (CPR).

“Saya terperanjat apabila diberitahu mangsa kemalangan adalah adik sendiri.

“Saya pangku dia, saya memang cuba selamatkan dia. Saya yang buat CPR masa mula-mula tiba di situ.

“Ketika itu adik masih bernyawa tetapi sudah tidak menunjukkan sebarang reaksi tindak balas terhadap kita,” katanya.

Mengulas lanjut Nur Zawani berkata akibat terlalu sedih ibu serta ayahnya tidak berdaya hadir ke Jabatan Forensik HRPB bagi menunggu proses bedah siasat anak bongsu dari empat beradik berkenaan.

Sementara itu jenazah Muhammad Zaharif Affendi dituntut keluarga selepas proses bedah siasat selesai kira-kira 6.30 petang.

Jenazah allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kepayang Luar, di Ipoh.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This