SEORANG pengantin lelaki maut manakala lapan lagi cedera dalam kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di Batu 3 Jalan Bernam, Kuala Selangor – Tanjung Karang, malam tadi.
Video dan gambar penuh klik link di bawah
https://t.me/infoutusantv/2354
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Wan Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada pukul 10.05 malam.
Beliau berkata, sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Karang telah dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Bomba tiba di lokasi kejadian dan mendapati sepasang pengantin baharu yang menaiki Perodua Bezza telah dikeluarkan oleh orang awam.
“Pemeriksaan mendapati mangsa yang dikenali sebagai Norsyam Nassullah Rahim, 23, telah meninggal dunia di lokasi kejadian manakala isterinya Aini Hayati Mohd Radzi, 22, cedera di dagu serta patah kaki kiri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, pemeriksaan pada kereta Nissan Almera mendapati Tein Kim Tai, 55, dan Tan Hui Cheng, 48 cedera di dada dan leher.
Sementara empat wanita berbangsa India yang menaiki Honda City mengalami kecederaan dan telah di bawa ke hospital bagi menerima rawatan lanjut.
“Selain itu, seorang lelaki yang dikenali sebagai Mohd Azizi Faez Mohamad Alias, 33, orang awam yang membantu mangsa kemalangan turut cedera parah,” ujarnya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

