Projek pelebaran PLUS Johor Bahru ke Simpang Renggam siap 3 tahun lagi

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PROJEK pelebaran Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) Fasa 1 dan Fasa 2 dari Johor Bahru ke Simpang Renggam dijangka siap dalam tempoh tiga tahun lagi.

Perkara itu diumumkan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Ia susulan pertemuan Onn Hafiz dengan PLUS Malaysia Berhad yang diketuai Pengarah Urusannya, Datuk Nik Arina Nik Jaafar.

Menurut Onn Hafiz, kerajaan negeri juga telah mencadangkan supaya kerja pelebaran itu dilaksanakan sehingga ke Tangkak pada fasa seterusnya.

Beliau berkata, beberapa perkara lain turut dibangkit dan dibincangkan dalam pertemuan tersebut.

Katanya, ia termasuk mengenai aliran trafik, penyelenggaraan dan pembangunan infrastruktur kemudahan untuk pengguna.

“Antara perkara yang dibincangkan adalah pengaktifan smartlane atau lorong kecemasan di lebuh raya pada waktu puncak dan hujung minggu serta meningkatkan fasiliti renat dan rawat (R&R) di lebuh raya.

Baca artikel lain: Onn Hafiz seru rakyat terus bangkit, nyatakan solidariti kepada Palestin

“Selain itu, memantau jadual waktu bagi melakukan kerja naik taraf atau baik pulih jalan di lebuh raya.

“Perkara lain yang dibangkitkan adalah mengawal masa pergerakan lori dan kontena.

“Semoga segala cadangan-cadangan ini dapat diterjemahkan demi keselesaan dan keselamatan Bangsa Johor,” katanya dalam hantaran tersebut.

Mengulas lanjut, Onn Hafiz turut mengucapkan terima kasih kepada PLUS Malaysia yang menyempurnakan penyerahan zakat sebanyak RM650,000.

“Semoga Allah SWT menyucikan dan membersihkan dosa-dosa kita yang zahir dan batin serta mempermudah urusan perusahaan dan perniagaan kita asbab menunaikan kewajipan ini. Insya-Allah,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This