Rafizi rancang podcast ‘Yang Bakar Menteri’ bermula 8 Januari

Dari Penulis

MENTERI Ekonomi, Rafizi Ramli merancang untuk memulakan proram bual bicara podcast ‘Yang Bakar Menteri (YBM)’ yang memberi peluang kepada sesiapa sahaja bersemuka dengannya.

Siaran podcast Yang Bakar Menteri akan bermula pada 8 Jan 2024 setiap dua minggu.

“Saya telah merancang untuk memulakan podcast YBM (rasminya bermakna Yang Berhormat Menteri, tetapi podcast ini bermakna Yang Bakar Menteri),” katanya menerusi catatan di laman Facebook rasminya hari ini.

Rafizi berkata peluang bersemuka di podcast yang dirakam pada sebelah malam itu bertujuan memberi peluang kepada sesiapa sahaja bersemuka dengan beliau tanpa menggunakan peruntukan.

Baca artikel lain: Rafizi cabar YB Viral ‘bertempur’ dalam podcast ‘Yang Bakar Menteri’

Ini kerana, katanya, kemunculan di televisyen menggunakan wang rakyat apabila melibatkan ‘air time’.

“Podcast YBM terbuka kepada sesiapa sahaja – ahli akademik, penyokong kerajaan, rakyat biasa dan terutamanya aktivis maya pembangkang.

“Selain dari mereka yang ingin tampil secara sukarela untuk peluang ‘membakar’ menteri, saya juga akan mencari aktivis-aktivis maya pembangkang yang banyak memainkan dakyah untuk tampil.

“Saya akan cari mereka, jemput dan beri peluang bersemuka. Mereka berpeluang membakar saya, saya juga berpeluang membakar mereka,” katanya.

Menurut Rafizi, budaya begini lebih baik dari budaya maki hamun dan pertikai perkara picisan seperti yang dibawa aktivis maya pembangkang sekarang.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sistem POS Johor tutup ruang ketirisan minyak masak subsidi

KEJAYAAN mekanisme Point of Sale (POS) di Johor dalam memperkemas rantaian pengedaran minyak masak peket bersubsidi serta mengurangkan ketirisan...

More Articles Like This