Pasti ramai di antara kita suka menikmati hidangan buah-buahan di dalam tin ataupun buah yang telah dikeringkan. Percaya atau tidak, ada sesetengah daripada kita tidak mengenali bentuk buah dan pokok asal buah buat tersebut.
Fiq
Buah yang dimakan oleh Nabi Adam setelah diturunkan ke muka bumi merupakan pokok buah yang paling lama tumbuh di bumi. Pokok yang hidup subur dalam iklim Meditteranean dan di Timur Tengah ini merupakan pokok tahan lasak. Turki adalah pengeluar buah fig terbesar di dunia. Selain enak dimakan begitu sahaja, ia banyak dikeringkan.

Pic
Negara China adalah negara yang paling banyak menghasilkan buah ini. Buah ini dikatakan menjadi buah kegemaran Raja China pada abad ke-10. Benih pic dibawa dari China ke India, Iran dan Greece pada tahun 300 Sebelum Masehi. Alexander The Great kemudiannya membawa benih buah ini ke kerajaan Roman pada abad ke-7 Selepas Masehi.

Prun
Ditanam di kebanyakan negara dan dihasilkan dengan tujuan buahnya dikeringkan. Prun mempunyai banyak jenis, antaranya, sutter, tulare giant, imperial, Italian, dan greengage.

Kurma
Terdapat lebih kurang 80 jenis kurma yang tumbuh di seluruh dunia. Kurma mula tumbuh dipercayai di Lembah Indus,Iraq, 1000 tahun lalu. Bagaimanapun Mesir merupakan negara pengeluar kurma dunia. Pada zaman purba Mesir, kurma dijadikan arak.

Kismis
Amalkan makan dua ke tiga biji kismis, tiga kali sehari ia dapat menurunkan tekanan darah tinggi. Kismis yang diperbuat daripada anggur juga mempunyai serat yang tinggi. Empat kismis yang popular, berwarna kuning, ungu, hitam dan biru.

Kelapa Laut
Kelapa jenis ini dikenali sebagai kelapa Maldives, ia dipercayai berasal dari pulau Seychelles yang hidup meliar di tepi pantai.

Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini.
Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR.
Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

