DAKWAAN Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden bahawa UMNO perlu menamatkan langkah DAP jika tidak mahu dikenang sebagai ‘alas kaki’ parti itu disifatkan cubaan untuk memanaskan hubungan kedua-dua parti dalam Kerajaan Perpaduan.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, pihak lawan telah menjadikan kerjasama antara UMNO dan DAP tumpuan untuk melemahkan Kerajaan Perpaduan.
Beliau berkata, apa sahaja kenyataan kontroversi pemimpin atau ahli DAP akan dieksploitasi walaupun kenyataan itu bersifat peribadi yang belum pasti dilaksanakan.
Puad turut mendakwa Pas sebenarnya telah ‘naik tocang’ setelah menang lebih banyak kerusi berbanding UMNO dan Bersatu.
“UMNO bukan Pas yang puji DAP melangit waktu bersekongkol dulu. Lim Guan Eng disamakan seperti Khalifah Umar Abd Aziz.
“Pas semakin ganas keluar fatwa politik yang memecah belahkan orang Melayu.
“Ajaran Islam wajibkan bayar hutang tetapi Pas liat bayar hutang Harakah. Pas jadikan Islam ‘alas kaki’ kerana ‘naik tocang’,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.
Baca artikel lain: Pilihan raya PBT agenda DAP kuasai bandar besar
Mengulas lanjut, Puad menegaskan, kenyataan pimpinan DAP itu hanyalah sekadar cadangan bersifat peribadi yang belum pasti dilaksana dan perlu dipersetujui Kabinet.
Katanya, UMNO tidak akan bersetuju dengan cadangan bersifat kontroversi itu sekiranya tidak sesuai dengan dasar UMNO.
“Sebab itu ada hikmahnya UMNO berada dalam Kerajaan Perpaduan.
“UMNO benteng jaga kepentingan Melayu, Islam dan Raja-Raja Melayu dalam Kerajaan Perpaduan hari ini. UMNO tidak jadikan agama kuda tunggangan macam Pas,” katanya.
Sebelum ini, Afnan Hamimi yang juga Ahli Parlimen Alor Setar dalam artikel diterbitkan Harakahdaily percaya tidak semua ahli dan pemimpin UMNO bersedia menjadi ‘alas duduk’ kepada DAP dan Pakatan Harapan.
Ia selepas beberapa pemimpin DAP mengeluarkan kenyataan kontroversi berhubung persempadanan semula kawasan pilihan raya dan cadangan mengembalikan semula pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT).
Afnan Hamimi beranggapan ahli dan pimpinan UMNO perlu menamatkan langkah DAP jika tidak mahu terpahat dalam sejarah Melayu sebagai ‘alas kaki’ DAP.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

