Pilihan raya PBT agenda DAP kuasai bandar besar

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PILIHAN raya pihak berkuasa tempatan (PBT) hanya untuk merealisasikan agenda DAP untuk menguasai bandar-bandar besar yang mempunyai pendapatan besar dan pusat ekonomi rakyat.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa DAP tidak pernah berhenti, malah konsisten untuk mengadakan pilihan raya PBT sejak dahulu lagi.

Menurut Tuan Ibrahim, pilihan raya PBT akan membuka ruang kepada berlakunya polarisasi kaum yang lebih besar dan ketara antara penduduk bandar serta luar bandar.

Jelas beliau, pelaksanaan pilihan raya itu juga melibatkan penguasaan terhadap hasil-hasil ekonomi sesebuah bandar yang tidak seimbang.

Malah, Tuan Ibrahim mendakwa kuasa politik orang Melayu-Islam juga akan terhakis jika pilihan raya tersebut diadakan.

“Keputusan kerajaan semenjak 50 tahun dahulu yang memansuhkan pilihan raya PBT ini sepertimana termaktub dalam Akta Kerajaan Tempatan 1976 amatlah tepat.

“Ia antara lain bertujuan untuk menghindari penguasaan kerajaan tempatan oleh satu-satu kumpulan etnik bagi menutup kemungkinan berlakunya ketegangan dan ketidakharmonian kaum dalam masyarakat,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Baca artikel lain: Pilihan raya PBT tak perlu diadakan – Ahmad Maslan

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim turut melahirkan kebimbangan dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa yang membuka laluan perbincangan untuk melaksanakan pilihan raya PBT di Kuala Lumpur.

Kata beliau, perkara itu seharusnya tidak perlu diberi perhatian oleh Zaliha dengan agenda kesejahteraan bandar patut menjadi fokus utama.

“Kenyataan Zaliha ini seolah-olah menunjukkan kerajaan MADANI tunduk dengan desakan DAP.

“Perdana Menteri harus menghentikan agenda ini jika mahu rakyat melihat bahawa Kerajaan MADANI tidak ditekan oleh DAP.

“Kita tidak boleh bertolak ansur dalam agenda seperti ini kerana bimbang bila kita terlalu baik bertolak ansur, lama-lama kita ditolak beransur-ansur,” katanya.

Media sebelum ini, melaporkan Pengerusi DAP Kuala Lumpur,Tan Kok Wai menggesa kerajaan memulakan pilihan raya PBT di ibu negara terlebih dahulu bagi menyemarakkan demokrasi di Wilayah Persekutuan.

Kok Wai berkata, pengenalan pilihan raya PBT di Kuala Lumpur bertujuan untuk kelestarian dan memberi pilihan kepada penduduknya memilih ahli majlis tempatan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Puad Zarkashi sah tidak pertahan DUN Rengit, beri laluan kepada pemimpin muda

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mengesahkan beliau tidak akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan...

More Articles Like This