Krismas: Aliran trafik lebuh raya utama mulai sesak pagi ini

Dari Penulis

ALIRAN trafik di lebuh raya utama mulai sesak pagi ini berikutan pertambahan kenderaan sempena sambutan Hari Krismas, Isnin ini.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi berkata trafik sesak dan perlahan arah utara dari Sungai Buloh menuju ke Bukit Beruntung, setakat 9.30 pagi ini.

Terdapat kemalangan di KM 426.5 arah selatan dari Bukit Tagar ke Bukit Beruntung dengan lorong kanan dikedua-dua arah masih ditutup dan trafik menuju utara sesak sepanjang 11 kilometer manakala trafik arah selatan masih terkawal. 

Baca artikel lain: Tol percuma dua hari sempena Krismas pada 23, 26 Disember

Kemas kini PLUS menerusi laman X rasminya memaklumkan terdapat kemalangan di KM182.2 arah utara dari Jasin ke Ayer Keroh dengan lorong kanan terhalang serta trafik sesak sepanjang empat kilometer. 

Sementara itu, trafik turut dilaporkan perlahan sebelum Plaza Tol Gombak arah timur dari Gombak hingga ke Genting Sempah berikutan pertambahan kenderaan.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan peruntuk RM9.46 juta laksana 52 Projek Cakna MADANI perkukuh mitigasi banjir di Sarawak

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM9.46 juta bagi melaksanakan 52 Projek Cakna MADANI di Sarawak tahun ini sebagai langkah memperkukuh...

More Articles Like This