PELAKON Syafie Naswip kini sah bergelar suami kepada wanita pilihannya Nur Afiqah Ishak pada pukul 10.58 pagi tadi di Wilqadry, Putrajaya.
Pasangan pengantin dinikahkan oleh Pegawai Tadbir Agama Jabatan Agama Islam Sepang, Ustaz Mohammad Nazri Sobirin.
Dalam pada itu, Syafie atau Muhammad Syafie Naswip,31, menyerahkan mas kahwin bernilai RM300 kepada Afiqah.
Menerusi siaran langsung di Instagram milik Syafie, aktor filem Muksin itu dilihat sebak ketika membaca taklik selepas sah bergelar suami.
Terdahulu, Syafie menerusi Instagram Story ada memberitahu akan berkongsi pengumuman penting kepada semua.

Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

