GPS belum beri ‘lampu hijau’ ahli PSB sertai PDP

Dari Penulis

GABUNGAN Parti Sarawak (GPS) belum memberikan ‘lampu hijau’ atau kebenaran kepada ahli Parti Sarawak Bersatu (PSB) menyertai Parti Progresif Demokratik (PDP), sebagai antara komponen gabungan politik itu.

Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata belum ada sebarang mesyuarat gabungan politik itu bagi membincangkan isu ahli PSB menyertai PDP selepas pembubaran PSB yang dirancang dilakukan sebelum perayaan Tahun Baharu Cina akan datang.

“Lampu hijau daripada ROS (Pendaftar Pertubuhan) kah (bagi pembubaran PSB dan ahlinya menyertai PDP)… Saya tidak tahu. Tidak (ada persetujuan rasmi lagi dalam GPS), kami belum ada mesyuarat dalam GPS (untuk membincangkan isu itu),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis rumah terbuka Krismas anjuran Biskop Anglikan Kuching Datuk Danald Jute, hari ini.

Abang Johari, yang juga Premier Sarawak dan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), mengulas pengumuman PSB akan dibubar sebelum perayaan Tahun Baharu Cina akan datang manakala kira-kira 80,000 ahlinya akan menyertai PDP.

Pengumuman itu dibuat oleh Timbalan Presiden I PSB Dr Johnical Rayong Ngipa pada sambutan pra-Krismas PDP dan Tahun Baharu 2024 di Sibu malam tadi.

Baca artikel lain: Komitmen GPS, GRS stabilkan Kerajaan Perpaduan – PM

Menurut Dr Rayong, beliau dimaklumkan mengenai perkara tersebut oleh Presiden parti berkenaan Datuk Seri Wong Soon Koh dan mereka akan merujuk kepada ROS berkaitan prosedur pembubaran itu.

Beliau berkata PSB akan memanggil mesyuarat agung luar biasa (EGM) bagi membubarkan parti itu manakala PDP pula dijangka mengadakan EGM untuk menerima bekas ahli PSB.

“Kami merancang untuk membubarkan PSB bagi membolehkan kami berada di bawah naungan PDP dan sebahagian daripada GPS,” katanya.

Semasa Pilihan Raya Negeri ke-12 Sarawak pada 2021, PSB bertanding sebagai pembangkang dan hanya memenangi empat daripada 82 kerusi yang dipertanding.

Selain PBB dan PDP, GPS yang memenangi pilihan raya itu dengan meraih 76 kerusi, turut dianggotai Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) serta Parti Rakyat Sarawak (PRS).

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar menghadap TMJ dalam suasana mesra, harmoni

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara, hari ini. Menurut...

More Articles Like This