Dua pemuda cuba curi kelapa sawit guna Myvi

Dari Penulis

TINDAKAN dua pemuda cuba mencuri buah kelapa sawit di sebuah kebun dengan hanya menggunakan Perodua Myvi tidak kesampaian selepas dihalang seorang lelaki yang menyaksikan kejadian itu.

Dalam kejadian yang turut tular di media sosial itu menyaksikan dua pemuda berkenaan mengeluarkan semula buah kelapa sawit dalam Perodua Myvi itu selepas kegiatan mereka dikesan perakam video.

Video tersebut dikongsikan di Facebook Batu Pahat Sana Sini, semalam dan sehingga kini telah menerima jumlah tontonan sebanyak 4,400.

Malah, salah seorang pencuri dilihat sempat memohon maaf kepada perakam video selepas dikatakan mahu melaporkan kejadian curi kepada pihak polis.

“Kau nak saya lapor kepada polis? Banyak kamu ambil buah kelapa sawit, janganlah buat macam itu,” kata perakam tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, pihaknya belum menerima sebarang laporan daripada mana-mana pihak mengenai kes kecurian itu.

“Polis sentiasa berusaha untuk mengesan dan menahan suspek daripada terus melakukan jenayah curi yang merugikan pekebun-pekebun kelapa sawit di daerah ini,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Ajinomoto kukuh komitmen gaya hidup sihat di NMM 2026

AJINOMOTO (Malaysia) Berhad memperkukuh komitmen dalam mempromosi pemakanan seimbang, gaya hidup aktif dan kesejahteraan masyarakat dengan sekali lagi tampil...

More Articles Like This