Kisah Ashabul Kahfi: PM zahir penghargaan budaya wacana sihat

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang bersama-sama membahaskan isu tentang kisah Ashabul Kahfi.

Ia susulan perdebatan umum mengenai kisah berkenaan apabila Perdana Menteri mengungkapkan kisah itu ketika menyampaikan ucapan pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM), baru-baru ini.

Dalam hantaran di Facebook, Perdana Menteri menghargai semua pihak yang menegakkan budaya wacana yang sihat, terbuka dan beradab.

Kata beliau, perkara sedemikian juga seperti yang ditegaskan dalam Islam.

Perdana Menteri turut memetik Ayat 14, Surah Al Kahfi yang bermaksud ‘Dan Kami teguhkan hati mereka ketika mereka berdiri lalu mereka berkata,”Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi; kami tidak menyeru Tuhan selain Dia. Sungguh, kalau kami berbuat demikian, tentu kami telah mengucapkan perkataan yang sangat jauh dari kebenaran.

“Sekalung penghargaan kepada semua pihak yang bersama dalam perbahasan ini dengan menegak budaya wacana yang sihat, terbuka dan beradab seperti yang ditegaskan Islam,” katanya dalam hantaran tersebut.

Baca artikel lain: Pendakwah perlu hayati nilai hikmah demi pelihara kemaslahatan

Perdana Menteri turut berkongsi video berdurasi empat minit 26 saat yang memaparkan perbahasan beberapa ilmuan tempatan berhubung kisah Ashabul Kahfi.

Terdahulu tular di media sosial seorang penceramah terkenal dari Terengganu mengupas ucapan Anwar berkaitan tujuh pemuda Ashabul Kahfi ketika menyampaikan ucapan pada Perhimpunan Bulanan JPM, baru-baru ini.

Perdana Menteri ketika ditanya mengenai isu itu turut menggesa semua pendakwah supaya tidak terburu-buru dan mengikut sentimen politik dalam mengupas sesuatu perkara atau isu.

Perdana Menteri berkata sebagai seorang ilmuwan, mereka sepatutnya menyemak terlebih dahulu fakta sebelum membuat sebarang penjelasan kepada orang ramai.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This