PELAKON filem Parasite, Lee Sun Kyun,48, ditemui tidak sedarkan diri dalam sebuah kereta yang diparkir di Taman Waryong, Seoul, Korea Selatan pada pukul 10.30 pagi hari ini.
Memetik laporan Soompi, polis menerima panggilan kecemasan daripada seorang wanita yang membuat aduan suaminya telah meninggalkan rumah selepas menulis nota bunuh diri.
Polis mengesahkan identiti aktor terbabit bersama bukti briket arang yang menyala dalam kereta sekali gus mengesahkan kematiannya mungkin disebabkan bunuh diri.
Terdahulu, Sun Kyun telah disiasat oleh polis atas tuduhan penyalahgunaan dadah. Menurut Agensi Berita Yonhap, pelakon itu telah melalui tiga pusingan soal siasat oleh pihak berkuasa.
Sun Kyun mendakwa dia telah ditipu menggunakan dadah dan tidak tahu apa yang telah diambilnya. Ujian awal penggunaan dadah menunjukkan keputusan negatif.
Namun dia telah mendapat larangan perjalanan semasa kes itu disiasat oleh Agensi Polis Metropolitan Incheon.

